Lepas keluar Tealive, aku masuk FamilyMart. Selang beberapa buah kedai je. Tak ramai orang macam kat cawangan Tunjong. Lega lah sikit boleh makan situ.
Tujuan aku ke FM sini sebab nak dapatkan mainan ala Lego dari Sprite. Riuh ramai duk share pasal ni. Aku apa lagi, ada peluang jangan sia-siakan.
Mulanya aku tak faham sangat promo ni. Cashier pun tak sure jugak sebab benda baru. Aku ambil 2 botol air Sprite dan inform cashier nak claim mainan tu.
Tapi cashier kata macam tak keluar something kat sistem. Aku tengok balik iklan promo. Rupanya kena beli 2 botol air Sprite DAN seketul sosej pedas. 😅
Lepas bayar, dapat claim mainan, aku pun pergi kat meja untuk makan sosej tu. First time aku makan sosej pedas ni.
Sosej ni sangat lah pedas. Aku ingat pedas biasa. Rupanya pedas ala Samyang. Sampai berdenyut bibir duk tahan pedas sambil makan. Alhamdulillah, habis jugak seketul tu.
Redeem hadiah birthday pulak
Lepas makan, aku pusing bahagian bakeri. Nak beli roti untuk kurangkan pedas. Tapi ... baru teringat FM ada bagi voucher sempena birthday aku bulan April ni.
Voucher ni boleh guna untuk claim Sofuto free. Boleh pilih nak versi kon (asal RM3.90) atau dalam bekas (asal RM4.90). Harus lah aku pilih bekas. 🤣
Ada 2 perisa: Matcha White Chocolate dan Matcha Pistachio. Aku pilih perisa Matcha Pistachio. Nak tahu jugak rasa perisa viral ni macam mana.
Pistachio tu tak ketara sangat. Rasa matcha lagi kuat. Sebab masa rasa sudu pertama pun dah rasa matcha. Tapi sedap je. Tak muak dan rasa fresh. Macam makan Tutti Frutti.
Nak balik, aku bagi seketul air Sprite kat budak-budak perempuan yang lepak dalam tu tunggu makanan siap. Kes aku tak minum sangat air gas. 😂






0 Comments