Sampul duit raya Kinder Joy 2026.


Masa bulan puasa, Kinder Joy ada buat promo untuk dapatkan sampul duit raya. Buat pembelian mana-mana produk Kinder Joy at least RM12, dapat sepaket sampul.

Aku beli dalam Lazada. Beli telur Kinder Joy sekotak. Dalam tu ada 3 ketul telur. Dalam telur tu ada coklat dan mainan.




Telur ni aku tak beli sangat walaupun berlambak kat kedai. Sebab mainan dalam tu biasa-biasa je aku tengok.



Dalam sepaket, ada 5 ketul sampul. Aku ingatkan design sama. Rupanya sampul ni jenis 3D. Bila bukak, menarik betul dalamnya. Semua 5 sampul ada design tersendiri.






Sampul 3D gini dah lama wujud. Tapi belum jadi trend. Tak banyak company buat. Mungkin sebab kos yang tinggi berbanding sampul normal.

 P.S. Sekarang telur Kinder Joy jadi rebutan. Muncul mainan DC Comics versi Funko Pop! dalam telur tu.

Post a Comment

2 Comments

  1. Singgah bg makan ikan. Kesian lapaq.

    ReplyDelete
  2. Wahh cantik la sampul 3D. Jarang nak nampak walaupun dah lama kat pasaran

    ReplyDelete