Tadi keluar ke bandar kejap. Sebab hari ni start promo Matcha Cloud Series untuk normal member. Kalau elite, dah start 25 April lagi.
Sebab aku bukan elite member, hari ni lah baru start. Aku pergi belah pagi. Nasib baik sticker banyak lagi. Boleh collect. Sebab ada dengar tempat-tempat ramai customer, sticker matcha ni dah habis. 😌
Kalau ikut promo, ada 3 jenis air matcha baru daripada 9 air. 2 hari lepas, hanya 3 air ni je yang valid untuk claim sticker. Tapi start hari ni, semua jenis air matcha under promo ni boleh claim sticker.
Aku beli 2 ketul air. Satu air matcha baru, satu air matcha lama. Beli pun sebab nak sticker dan jugak straw tag. Straw tag ni barang baru. Sejenis kertas keras yang diletakkan kat straw.
Air pertama aku beli air Matcha Cloud Latté. Air kedudukan pertama dalam list air matcha. Harga seketul RM14.20. Aku guna voucher off 20%. Dapat lah harga RM11.35.
Rasa versi latté ni sedap. Berlemak. Tak manis sangat. Rasa matcha pun tak over. Kira balance lah gabungan rasa tu.
Lepas tu, aku order versi lemonade. Antara air murah dalam Matcha Cloud Series. Harga asal RM10.20. Aku guna voucher off RM3, dapat lah RM7.20.
Versi lemonade ni kureng sikit rasanya. Pahit dengan rasa matcha. Lemonade pun tak kick. Macam minum air matcha jenis diet.
Sticker kali ni lawa. Patut lah sesetengah kedai cepat habis stok. Ramai yang berebut. Mujur kat sini tak macam tu. Kalau tak, tak sampai sehari dah habis. 😁
Selain tu, buat julung kalinya (setakat aku tahu) ZUS bagi straw tag. Versi matcha sempena promo ni.
Kegunaannya? Ada yang letak dalam casing belakang phone. Jadikan aksesori. Aku pulak simpan je lah buat pekasam. 😂








0 Comments