Dapat sticker KFC x Butterbear.


Masa masuk KB Mall hari tu, aku singgah KFC. Ramai orang. Tapi nasib baik yang order tu kebanyakan pick up dan delivery. Sebab aku plan nak makan kat situ. Risau meja penuh.

Aku order Chicky Meal. Tak plan nak makan berat pun. Ada sticker percuma sempena promo baru ni. KFC collab dengan Butterbear. Dulu ZUS, sekarang giliran KFC pulak.


Order mana-mana set Chicky Meal boleh dapat sticker. Aku pilih set yang ada nuget. Selalunya aku order ayam. Kes tak nak bagi tangan comot masa kat luar ni, aku order lah nuget. 😁


Lawa jugak sticker Butterbear ni. Apa yang aku suka sticker keluaran KFC, diorang siap letak dalam plastik. Jadi, sticker tu tak kotor atau basah bila kena makanan atau air.


Selain sticker, ada jugak keychain Butterbear. Versi blind box. 4 design. Promo PWP. Aku tak beli pun. Sebab nak dapat seketul tu, kena beli mana-mana set combo dan tambah pulak RM39.90. 😌

Post a Comment

0 Comments