Sampul duit raya Kewpie 2026.


Hari tu kan aku pergi Mydin. Plan nak pergi booth Kewpie. Nak collect sampul duit raya. Sebab Kewpie ada buat Mini Roadshow untuk promote produk diorang.

Mulanya, Kelantan tak termasuk dalam list Mini Roadshow ni. Aku contact HQ. Request diorang buat kat sini. Alhamdulillah. Tak lama lepas tu, ada beberapa tempat dalam Kelantan ni diorang buat.


Untuk dapat sampul, kena buat pembelian mana-mana produk Kewpie at least RM15. Aku beli 2 ketul dressing: perisa Hot Spicy dan Creamy Spices. Aku jarang sekali makan guna dressing Kewpie ni. Tapi demi sampul, beli je lah. 😂



Sampul Kewpie ni sangat menarik. Lebih kurang style macam sampul Kinder Joy. Pesen 3D. Tapi pek luar lah. Dalam tu, ada sampul normal 6 ketul.




Versi normal pun menarik. Boleh cantum untuk bentuk gambar besar. Bila cantum semua 6 ketul sampul, akan terbentuk gambar panjang jiran-jiran sakan masak-masak kat luar rumah.


Dari segi kualiti, sampul ni bukan biasa-biasa. Kertas pun tebal. Siap ada gold stamping kat permukaan tu. Berbaloi datang jauh-jauh untuk kumpul sampul Kewpie ni.

Post a Comment

0 Comments