Roti Massimo baru: Oyatsupan perisa Sakura Lychee dan Yuzu White Peach.


Keluar Mydin, aku singgah 7e kejap. Macam biasa lah. Nak tanya sampul duit raya ada lagi ke tak. Staff kata semua dah habis. 😅

Aku pun usha rak jajan. Tengok apa yang menarik. Kat bahagian bakeri, nampak ada roti baru. Jenama Massimo.


Ada 2 ketul perisa baru: Oyatsupan perisa Sakura Lychee dan Yuzu White Peach. Staff kata baru beberapa hari sampai. Aku pun beli lah 2 ketul tu. Seketul RM1.60.

Yuzu White Peach


Yuzu ni sejenis limau kat Jepun. Kalau kita familiar dengan limau purut, diorang pulak limau yuzu.

Kedua-dua buah ni jarang dimakan raw macam tu je. Kena buat air atau jadikan bahan asas dalam menu tertentu.




Berbalik kepada roti Massimo perisa buah pic putih dan yuzu, rasa gabungan kedua-dua buah ni boleh tahan lah. Satu rasa masam sikit, satu lagi rasa manis.

Sakura Lychee


Rasa sakura? Tak pernah aku makan. Buat mandi selalu lah jugak sebab aku selalu beli shower atau mandian sakura.




Masa makan roti ni, lidah aku kuat detect rasa laici. Rasa sakura tu macam light sangat. Rasa tak rasa gitu.

Tapi sedap lah jugak. Menjadi inovasi terbaru Massimo ni. Roti ni aku hanya jumpa kat 7e je setakat ni. Kedai lain tak nampak bayang lagi.

 P.S. Bila gabung macam ni, teringat pulak roti Mighty White yang suka gabung 2 perisa.

Post a Comment

6 Comments

  1. Perisa Sakura Laici, wahh macam sedap kena try ni.

    ReplyDelete
  2. Perasa sakura. Sakura tu bunga kan boleh jadi perasa ye.

    ReplyDelete
  3. Baru tahu kalau ada roti Massimo. Jadi penasaran dengan roti Massimo rasa sakura itu.

    ReplyDelete
  4. Menarik rasa kedua-dua roti ini.. Gabungan dia tu ngam..

    ReplyDelete
  5. Yang Sakura Lychee tu mesti rasa manis floral sikit,
    yang Yuzu White Peach pula confirm ada rasa segar-segar fruity

    ReplyDelete