Tiap tahun, syarikat animasi Upin & Ipin akan keluarkan sampul duit raya khas. Tiap tahun jugak aku akan beli sampul diorang. Setakat ni, dah 3 tahun aku beli.
Sampul tahun ni agak lain. Selalunya artwork sampul diorang ada style tersendiri. Maksud aku, tak ikut style 100% animasi. Tahun ni, diorang kekalkan style animasi tu.
Set sampul ni harganya RM9.90. Ada 10 ketul sampul dalam tu. Sampul Upin & Ipin memang diyakini berkualiti. Tiap-tiap tahun memang tak mengecewakan. Kertas premium dan nampak eksklusif. Kena lah dengan harganya tu.
Setiap 10 ketul sampul tu semua gambar lain-lain. Yang mana menunjukkan syarikat ni tak malas dalam pembikinan sampul ni. Effort yang diorang bagi sesuai lah dengan syarikat besar macam ni. 👍🏻
Aku beli 2 set. Satu set dah guna separuh bagi duit raya kat anak-anak buah. Satu set lagi aku simpan buat koleksi.




1 Comments
Fuhh semua ada 10 keping koleksi sampul raya upin ipin ..
ReplyDelete