Sampul duit raya Upin & Ipin 2026.


Tiap tahun, syarikat animasi Upin & Ipin akan keluarkan sampul duit raya khas. Tiap tahun jugak aku akan beli sampul diorang. Setakat ni, dah 3 tahun aku beli.

Sampul tahun ni agak lain. Selalunya artwork sampul diorang ada style tersendiri. Maksud aku, tak ikut style 100% animasi. Tahun ni, diorang kekalkan style animasi tu.


Set sampul ni harganya RM9.90. Ada 10 ketul sampul dalam tu. Sampul Upin & Ipin memang diyakini berkualiti. Tiap-tiap tahun memang tak mengecewakan. Kertas premium dan nampak eksklusif. Kena lah dengan harganya tu.



Setiap 10 ketul sampul tu semua gambar lain-lain. Yang mana menunjukkan syarikat ni tak malas dalam pembikinan sampul ni. Effort yang diorang bagi sesuai lah dengan syarikat besar macam ni. 👍🏻

Aku beli 2 set. Satu set dah guna separuh bagi duit raya kat anak-anak buah. Satu set lagi aku simpan buat koleksi.

Post a Comment

6 Comments

  1. Fuhh semua ada 10 keping koleksi sampul raya upin ipin ..

    ReplyDelete
  2. Meriahnya sampul raya Upin Ipin 😊

    ReplyDelete
  3. Dekat fb ada grup pengumpul sampul duit raya, bolehlah join.

    ReplyDelete
  4. Bagus banget amplop lebaran spesial Upin Ipin. Keponakanku suka nih amplop lebaran spesial Upin Ipin. Kalau aku dulu pas masih zaman sekolah itu aku punya banyak buku tulis gambar Upin Ipin. Sampai saat ini pun aku masih sering nonton kartun Upin Ipin.

    ReplyDelete
  5. Adoilah.. comel sangat sampul upin ipin ini..

    ReplyDelete