Makan kek kukus Samudra perisa pandan sempena hari jadi.


Bulan ni ada macam-macam voucher birthday yang aku dapat. Ada dari Popular, SMO, Hotlink, emart, Tealive, ZUS dan Marrybrown.


Aku nak claim kek ZUS buy 1 free 1 masa singgah ZUS hari tu. Tapi lupa pulak. Sebab takde kek nak makan, aku selongkar lah dapur. Ada seketul kek kukus yang aku beli kat kedai runcit.


Lilin pun jumpa masa selongkar. Maka, dengan lilin yang cepat cair tu, sambut lah aku birthday dengan kek seketul ni. 😅



Kek ni sedap. Lembut je. Bau pandan semerbak bila bukak plastik bungkusan kek tu. Harga seketul RM2.70. Berbaloi jugak lah. Sebab kek ni besar jugak saiznya. 😄

Post a Comment

0 Comments