Bulan puasa hari tu, aku sempat lah order sampul duit raya dari SIRIM. Tak macam tahun lepas yang siapa nak beli sampul kena pergi pejabat SIRIM, tahun ni SIRIM jual online. Mudah kan?
Maka, ramai lah yang membelinya. Sekejap je sold out. Ada yang komen kat FB kata tak sempat nak beli. Nasib baik aku sempat beli. Aku beli seketul je. Bukan borong sakan. Kes nak buat koleksi.
Sampul SIRIM ni ada 10 ketul dalam setiap set. Ada 5 design lain-lain. Dan 5 design tu boleh cantum-cantum untuk hasilkan gambar lagi besar.
Kualiti sampul SIRIM memang tak dinafikan sangat cun. Kertas tebal dan permukaan jenis matte. Berbaloi lah beli dengan harga RM12.90 tu.
Cuma aku agak seram sejuk sikit bila tengok lukisan kat sampul tu. Tagline ilustrasi tu Suasana Hari Raya yang ceria dan harmoni. Memang lah ceria dengan warna-warni. Tak dinafikan. Tapi bila tengok rupa manusia dalam tu ... jadi seram pulak. 😭










2 Comments
Jual online kan bagus.. mudah org nak beli..
ReplyDeleteLain macam corak sampul raya ni...boleh terima belah belakang je..belah depan ,serammm
ReplyDelete