Bulan puasa hari tu, aku sempat lah order sampul duit raya dari SIRIM. Tak macam tahun lepas yang siapa nak beli sampul kena pergi pejabat SIRIM, tahun ni SIRIM jual online. Mudah kan?
Maka, ramai lah yang membelinya. Sekejap je sold out. Ada yang komen kat FB kata tak sempat nak beli. Nasib baik aku sempat beli. Aku beli seketul je. Bukan borong sakan. Kes nak buat koleksi.
Sampul SIRIM ni ada 10 ketul dalam setiap set. Ada 5 design lain-lain. Dan 5 design tu boleh cantum-cantum untuk hasilkan gambar lagi besar.
Kualiti sampul SIRIM memang tak dinafikan sangat cun. Kertas tebal dan permukaan jenis matte. Berbaloi lah beli dengan harga RM12.90 tu.
Cuma aku agak seram sejuk sikit bila tengok lukisan kat sampul tu. Tagline ilustrasi tu Suasana Hari Raya yang ceria dan harmoni. Memang lah ceria dengan warna-warni. Tak dinafikan. Tapi bila tengok rupa manusia dalam tu ... jadi seram pulak. 😭










17 Comments
Jual online kan bagus.. mudah org nak beli..
ReplyDeleteBetul. Orang luar kawasan pun senang nak membeli.
DeleteLain macam corak sampul raya ni...boleh terima belah belakang je..belah depan ,serammm
ReplyDeleteMemang lain macam. Rare sangat.
DeleteHaha muka org dengan mata besar tu yg first attract pandangan mata ammi. Tanjat kita
ReplyDeleteRisau nak bagi budak sampul ni. 😭
DeleteOwh.. Ada eh dia jual.. Terlepas pandang betul..
ReplyDeleteCeria sungguh warna-warna yang digunakan..
Ada. Diorang open order kejap je. Tetiba sold out. 😓
DeleteJangan tenung lama-lama.
ReplyDelete😂
DeleteKoleksi khas raya tu best. Corak dia betul lah buat orang kuss semangat
ReplyDeleteKann. Mesti ada sebab tertentu diorang buat rekaan macam ni.
DeleteMenarik sampul nya
ReplyDeleteRare sampul kali ni. 😄
Deletecantik, kalerful dan design abstract!
ReplyDeletejarang tengok sampul raya buat design art berat camni haha
Amplop lebaran yang bagus dan sesuai dengan harganya yang mahal ya, Kak.
ReplyDeleteDia punya design rare sikit ..
ReplyDelete