Maggi Lada Pedazz Extra. Rasa pedas unik yang sedap.


Terbaru, Maggi hasilkan satu lagi produk baru iaitu Lada Pedazz Extra. Kali ni lain daripada yang lain. Apa yang lain? Perisa yang digunakan bukan kari, ayam atau soto. Tapi satu ramuan perencah yang dibuat dengan gabungan lada putih dan lada hitam. Boleh bayangkan tak rasa pedas tu macam mana?


Masa makan megi ni, ibarat makan sup tapi versi megi. Nak kata sup ayam, tak. Nak kata sup tulang pun tak. Rasa sup tu sangat unik, lagi-lagi bila ditambah dengan minyak bawang putih yang ada dalam satu paket khas.

Setakat ni, megi baru ni hanya ada dalam bentuk cup besar. Belum ada lagi versi paket. Kalau ada, memang aku tak sabar nak beli. Sebab versi cup agak mahal kan? Aku beli pun harga RM 3.90 seketul. Recommended untuk cuba megi baru ni. Puas hati makan.

Post a Comment

8 Comments

  1. Akak blom nampak- nampak lagi...nanti nak cuba gak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli banyak terus kak. Nanti bila dah rasa, menyesal beli satu. πŸ˜…

      Delete
  2. menarik. teringin nak cuba walaupun takdelah tahan pedas sangat. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun pedas, tapi boleh lagi makan. Sebab bukan pedas level Samyang.

      Delete
  3. Wah! kalau terjumpa esok (plan nak gi Mydin) nak beli jugaklah hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti dah cuba boleh buat review. πŸ‘

      Delete
    2. Cari kat Mydin Senawang tadi takde la huhuuhu mungkin stok tak sampai lagi

      Delete
    3. Beli online je kak senang. Shopee ngan Lazada ada jual jugak.

      Delete