Siri komik badminton Malaysia part 2: Kembar Unggul.


Kesinambungan dari komik sebelum ni yang bertajuk Jejak Juara. Watak utama dalam komik ni bukan lagi Que dan kawan-kawan tapi kembar lelaki iaitu King dan Stone.


Kisah Kembar Unggul ni pasal dua orang budak lelaki (kembar) yang minat badminton sesangat. Ada skil dan teknik yang luar biasa. Tapi disebabkan aktif main badminton, pelajaran kat sekolah diorang pun terkesan. Mak diorang tak benarkan diorang masuk bertanding sebagai wakil kebangsaan selagi tak capai target yang mak dia nak dalam pelajaran diorang. Dengan itu, bermula lah usaha gigih King dan Stone dalam menyeimbangkan antara pelajaran dan sukan.


Macam aku info tadi, walaupun watak utama dalam komik ni ialah King dan Stone tapi Que dan kawan-kawan ada buat cameo. Pelukis yang sama kan? Harus lah ada watak original. Kalau dalam komik Jejak Juara, Que memang hebat tapi dalam komik Kembar Unggul, kehebatan Que dipatahkan oleh King dan Stone.


Masa baca komik ni, aku macam perasan ada karakter yang hampir sama dengan Lee Chong Wei. Muka iras dia. Karakter tu ayah King dan Stone. Mak ayah diorang bekas pemain badminton negara. Aku saspek pelukis mungkin imagine tu sebenarnya Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo yang ada anak kembar yang pandai main badminton.

Komik ni masih lagi menarik minat aku untuk terus baca sampai habis. Cerita yang memang mudah nak faham. In the end, King dan Stone berjaya jugak jadi juara. Tapi scene tu tak ditunjukkan pun. Aku pun tak tahu kenapa. Mungkin pelukis nak skip atau nak kurangkan muka surat. Bagi aku, lagi menarik kalau tunjukkan scene diorang bertarung. Mungkin akan ada komik seterusnya yang ceritakan pasal ni?

Post a Comment

2 Comments

  1. nama watak pun King dan Stone. Anak Dato' Lee Chong Wei dan Datin Mew Choo kan nama Kingston. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai. Betul. Baru perasan. Memang terinspirasi dari diorang lah ni. 😄

      Delete