Terbeli komik Lawak Kampus 42 sempena pelancaran secara online di Facebook.


Tanggal 24 Disember 2021, lahirnya satu lagi komik Lawak Kampus yang diberi nama Lawak Kampus 42. Kali ni, kelahirannya disambut secara online kat FB. Katanya ada benda menarik yang menanti sesiapa yang tengok live.

Komik Lawak Kampus tak asing lagi buat peminat komik Gempak suatu ketika dulu. Komik Lawak Kampus ni wujud pun asalnya dari Gempak. Dalam Gempak tu sendiri ada komik strip Lawak Kampus ni dalam beberapa muka surat. Tapi sekarang Gempak dah takde. Penerbitan terakhir isu yang ke-410 tahun 2017. Lepas tu takde dah.

Gempak #410: Isu terakhir Gempak.

Jadi, bermula lah era komik seketul macam Lawak Kampus. Sedar tak sedar, dah 42 buah komik yang dihasilkan oleh pelukisnya iaitu Keith. Komik strip jarang tak bosan bila baca. Lagi-lagi dengan stail lukisan yang kemas dan teratur macam ni.

Dalam live kat FB hari tu, ada sesi live dan Q&A bersama Keith. Penonton berpeluang untuk dapatkan komik Lawak Kampus 42 berserta satu katakter komik yang dilukis Keith secara live. Ada jugak sesi giveaway. Dua pemenang bertuah dapat seketul patung plush Froggy.


Dan 100 pembeli terawal akan dapat komik Lawak Kampus 42 yang ada autograf Keith. Best tak? Bukan senang nak dapat tau. Lagi-lagi dalam keadaan yang tak membenarkan sesi autograf secara fizikal. Nak elak penularan COVID-19 kan.

Harapnya cepat lah sampai komik yang aku order. Dan biar lah sampai dalam keadaan elok tanpa sebarang kerosakan semasa delivery. Kalau tak, memang aku return lah komik tu. Untuk buat koleksi, harus lah semua elok kan?

Post a Comment

8 Comments

  1. Aduh!! Terlepas live.. rugi.. rugi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru perasan hari yang sama. Nasib baik sempat tengok.

      Delete
  2. Lamanya nak tunggu keluar yang 42 ni. Wajib beli ni..nak hadiahkan untuk anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Dah keluar baru ye. Saya pun minat Lawak Kampus ni. Dulu tak pernah miss beli majalah Gempak

    ReplyDelete