Zaman viral susu pisang.


Sejak dua menjak ni susu pisang makin disebut-sebut. Dah semakin jadi ikutan macam menu berasaskan pandan dan gula melaka. Seingat aku, susu pisang dah lama ada kat Malaysia. Aku ingat lagi bila tengok drama Korea yang ada scene lepas mandi kat tempat mandi awam, mesti akan tunjuk pelakon-pelakon tu minum susu pisang. Waktu tu dah lama. Mungkin awal 2010's lagi.

Aku pernah jugak beli susu pisang sebab nak cuba best ke tak. Memang tak kena dengan tekak aku. Rasa pelik. Susu tu halal je tapi diimport luar negara. Waktu tu belum ada lagi jenama terkenal yang buat susu pisang yang sesuai dengan selera orang tempatan kita.

Lepas Lopa buat susu pisang, boleh tengok ramai pulak yang ikut buat jugak. Bagus bila masing-masing bersaing macam ni. Yang untungnya pembeli jugak. Ada banyak pilihan untuk minum susu yang kena dengan cita rasa sendiri.



Hari tu sempat singgah pasar raya. Terjumpa pulak susu pisang Lopa. Tak sangka susu ni ada jual kat kedai. Tak pernah aku nampak kat mana-mana kedai sebelum ni. Even pasar raya besar pun tak dijual.

  • Farm Fresh: Rasa susu + pisang yang berlemak. Sedap dan dalam masa yang sama fresh. Macam guna pisang fresh untuk buat susu ni. Rasa susu dan pisang yang seimbang.
  • Goodday: Rasa fresh tapi macam light sikit. Kurang rasa berlemak. Sedap tapi kurang kick.
  • Dutch Lady: Sama macam Goodday jugak. Susu ni fresh tapi kurang lemak berkrim. Macam lebih susu dari pisang.
  • Nilofa: Sedap tapi macam bukan dibuat dari puri pisang. Macam guna esen pulak bila rasa. Mungkin kuantiti puri pisang tu tak banyak.


Jenama Harga
Farm Fresh 200 ml RM2.46
Goodday 250 ml RM1.90
Dutch Lady 200 ml RM1.32
Nilofa 200 ml RM5.20

Bagi aku, semua 4 susu pisang ni rasa lebih kurang sama. Betul. Lebih kurang sama. Aku takde masalah minum semua. Cuma kalau ikut cita rasa aku, aku paling suka brand Farm Fresh. Rasa tu ibarat makan pisang terus. Aku bukan penggemar susu tapi bila minum susu ni, rasa sedap pulak.

Post a Comment

9 Comments

  1. wow..jauhnya beza harga dengan yg ke-4 tu. Ammi belum cuba mana-mana produk susu with banana. Risau manis sebenarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata manis, tak jugak. Tapi brand Farm Fresh memang tak rasa manis.

      Delete
  2. Replies
    1. Itu lah. Tak sangka pulak kedai tu ada jual semua brand ni.

      Delete
  3. Naim kurang minat kerana kandungan gula tinggi. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak elok kalau minum selalu flavour campuran macam ni.

      Delete
  4. Akak suka Farm Fresh. Goodday belum pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
  5. pernah try susu pisang keluaran syarikat skkm, dlm bentuk powder?..aku baru beli kat IG, jat shopee pun ade...tak try lagi....jenama semua kat atas aku dah cuba, cuma nilofa je belum...hehe..harap2 jenama skkm ni ok lah....

    ReplyDelete