Masihkah Ada Ramadan? Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.


Bila sebut pasal Ramadan atau bulan puasa, antara cerita yang aku suka adalah cerita ni. Pasal kehidupan orang Terengganu yang digarap dari pandangan Zali, watak utama cerita ni.

Mak Nah (mak Zali) mengeluh pasal kerenah anak-anak. Anak sulung, Ibrahim (dan isteri), merajuk tak nak balik kampung. Anak kedua, Zaharah, kata Mak Nah, derhaka kat suami sebab nak suami dia ikut cakap dia je. Anak ketiga, Jaafar, bagus bab agama tapi lupa tanggungjawab kat anak-anak dan isteri. Dan anak bongsu, Zali, lama tak balik kampung (Zali ni belajar kat UK). Padahal dah 2 tahun habis belajar.

Cerita ni banyak teladan. Aku nak cerita panjang pun nanti banyak spoiler. Bagi aku, ni seriously cerita loghat Terengganu yang paling best. Cari lah cerita lain, memang takkan jumpa cerita sebaik ni. Penceritaan pun memang tak lari dari kehidupan rakyat Ganu. Aku tabik spring team yang buat cerita ni. Sangat real dan loghat yang digunakan memang hampir 100% tepat. Mungkin sebab rata-rata pelakon asalnya orang Ganu.

1. Masihkah Ada Ramadan Episod 1 [Episod Penuh]


2. Masihkah Ada Ramadan Episod 2 [Episod Penuh]


3. Masihkah Ada Ramadan Episod 3 [Episod Penuh]


4. Masihkah Ada Ramadan Episod 4 [Episod Penuh]

Post a Comment

2 Comments

  1. Anak ada pelbagai ragam dan kisahnya. Bagus tu ada pengajarannya :)

    ReplyDelete