Rancangan TV sempena hari guru 2021. Best ke?


Semalam, sempena hari guru iaitu hari ni, TV2 dan TV Okey ada tayang telefilem. Tapi clash pulak waktu tayangan. Satu 8 malam dan satu lagi 9 malam. Tapi takde masalah pun. Tengok guna laptop, boleh bukak dua-dua cerita tu.


Yang aku pelik, apasal sinopsis ni pasal cikgu cantik, cikgu handsome yang jadi perhatian student perempuan? Memang kena selit elemen gedik macam ni ke?

Entah lah aku. Sepanjang aku belajar dulu, takde pulak aku nampak student yang gedik nak rapat dengan cikgu-cikgu lawa dan handsome macam ni. Padahal ada je cikgu-cikgu praktikal kat sekolah aku macam tu. Mungkin ni fantasi penulis skrip atau memang ada macam ni, tapi kat sekolah lain.

Bukan Guru Biasa (2020)



Cikgu Praktikal (2019)



Dua-dua cerita ni ok je. Tapi sayang. Kenapa nak kena ada elemen rupa paras untuk jadikan point utama cerita? Sebenarnya banyak je tema yang boleh guna untuk buat cerita pasal cikgu. Tengok contoh filem Thai tajuk The Teacher’s Diary tu. Dari awal sampai akhir plot best. Pasal dua orang cikgu yang mengajar kat pedalaman tapi latar masa yang berbeza. Diorang kenal hanya based on diari.

The Teacher's Diary (2014)

Mungkin salah satu sebab kurangnya novelis cintan-cintun yang buat tema novel pasal cikgu. Kebanyakan pasal anak-anak golongan kayangan dan kahwin paksa. Tu je lah yang mampu dibuat. Bukan tak bagus, tapi kadang-kadang kena keluar sikit dari bawah tempurung, tengok dunia luar (you know what I mean). Pelbagaikan tema cerita.

Apa-apa pun, selamat hari guru kepada semua pendidik di luar sana!

Post a Comment

8 Comments

  1. hihi.. kena faham depa nak jual cerita tu jadi kena ada element2 begitu baru orang tngk ceritanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin selera penonton tempatan tak sama dengan luar negara. Jarang tengok cerita tema guru luar negara yang selit elemen paras rupa.

      Delete
  2. btolla tuuh.. tapi kalo semua org nk yg chuantek yg jeliter yg hensem.. abes yg x chuantek x jelittt x hensem sape yg nak uooolls? 😅

    Selamat hariraya maaf zahir batin 😅

    ReplyDelete
  3. Tak sempat pulak nak layan cerita hari guru ni. Entahlah ye. dulu kita sekolah fikir nak belajar je. zaman sekarang masing masing nak cikgu cantik dan handsome. baru semangat nak belajar ke macamana entah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ramai cikgu jadi instafamous. 😆😆😆

      Delete
  4. Tak berapa berkenan elemen macam tu.. Kalau ikut banyak je elemen lain boleh dijadikan keypoint dalam penceritaan drama.. sebab tu jarang layan drama Melayu.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Set! Sama lah kita. Bukan tak support, tapi penat dah support namun hasilnya...

      Delete