Senarai sektor ekonomi yang dibenarkan sepanjang PKP 3.0 (Fasa 1).


Disebabkan peningkatan kes COVID-19 saban hari, kerajaan terpaksa umumkan total lockdown, yakni PKP 3.0 selama 2 minggu bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021. So, macam biasa, hanya sektor yang dikategorikan sebagai essential atau sektor perlu dibenarkan beroperasi.


Antara sektor yang dibenarkan beroperasi

  1. Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan.
  2. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.
  3. Air.
  4. Tenaga.
  5. Keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan.
  6. Pengurusan sisa pepejal, pembersihan awam dan pembetungan.
  7. Pengangkutan melalui darat, air atau udara.
  8. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang.
  9. Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan Internet, pos dan kurier serta penyiaran.
  10. Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal.
  11. Kredit komuniti (pajak gadai dan Ar-rahnu).
  12. E-dagang dan teknologi maklumat.
  13. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir.
  14. Hotel dan penginapan (hanya bagi tujuan kuarantin atau pengasingan dan perkhidmatan bagi perkhidmatan perlu serta bukan tujuan pelancongan)
  15. Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal.
  16. Perkhidmatan perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar.
  17. Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu.

Post a Comment

6 Comments

  1. Semoga total lock down akan membawa kepada perubahan yang baik dan berjaya melandaikan graf.

    Sektor essential service company tempat Mrs. A kerja salah satunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap menjadi lah kali ni. Risau sebab kalau dah lebih 1000 sehari kes, memang teruk tu.

      Delete
  2. Alhamdulillah byk jugak sektor yang boleh beroperasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada sinar baru untuk semua yang terkesan.

      Delete
  3. Akhirnya banyak juga sektor yang dibuka.

    ReplyDelete