Drama Turki: Crash aka Çarpışma (2018).


Finally. Selepas beberapa hari menunggu, TV2 bakal tayang drama Turki yang bertajuk Crash atau dalam Bahasa Turki, Çarpışma.

Lepas drama Bitter Sweet (Dolunay) tamat 26 April hari tu, TV2 berhenti kejap tayang drama Turki. Dan digantikan dengan drama Seputih Cinta Rangbulan yang pernah ditayang tahun 2019. Pelik. Ada masalah teknikal ke?


Aku gigih nak contact TV2 pasal ni. Tapi baru tadi perasan masa tengok jadual intisari rancangan kat rtmklik. Muncul tajuk Crash a.k.a Carpisma bila forward ke 3 Mei 2022.

Tajuk: Çarpışma
Jumlah episod: 26 (akan dikemas kini)
Genre: Aksi, drama, thriller
Bahasa asal: Bahasa Turki
Tarikh tayangan: Bermula 3 Mei 2022
Waktu: Isnin - Jumaat, 5.00 petang
Siaran TV: TV2
Pelakon: Kivanç Tatlitug, Elçin Sangu, Alperen Duymaz, Melisa Pamuk, Onur Saylak

Sinopsis


Drama ni menceritakan pasal kehidupan ketua polis kat Istanbul, Turki. Kisah bermula bila dia cuba bunuh diri lepas kematian isteri dan anak dia. Tapi dalam cubaan nak bunuh diri, satu kejadian berlaku yang mengubah kehidupan 4 orang yang terlibat dalam kemalangan tu.

Drama ni ada je dalam YouTube. Tapi takde subtitle. Takkan nak buat-buat faham pulak kan? Kalau pandai Bahasa Turki boleh je terus tengok sana kan?



Sama macam Bitter Sweet, drama Crash ni pun ada babak bercumbuan walaupun sesama Muslim. Jangan terkejut pulak bila tengok drama Turki. Mungkin TV2 dah tapis siap-siap babak tu. Tak elok untuk tontonan umum kan?

Sempat ke nak tengok waktu raya ni? Harapnya sempat lah. Tak kuasa lah nak jalan-jalan ziarah-menziarahi waktu wabak virus yang masih bergentayangan ni. Memang lah sekarang bila kena dah tak seteruk dulu (sebab dah vaksin) tapi risau bila dah kena, tak pepasal demam kum kum tak boleh beraya terus.

Post a Comment

4 Comments

  1. kalau pukul 5 tu mmg x dan laa sy nak tgk... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada dalam rtmklik nanti. Boleh tengok episod terlepas.

      Delete
  2. Drama Turki pun ada babak bercumbuan juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada. Banyak. RTM memang tapis scene ni. Tapi tak tahu lah Astro tapis ke tak sebab tak pernah tengok lagi drama Turki kat Astro.

      Delete