Koleksi sampul raya 2022.


Dari tahun lepas aku beli beberapa ketul sampul raya. Niatnya nak distribute duit raya kat anak-anak buah dan sepupu sepapat yang kecik. Tapi tahun lepas kan masih lagi PKP. So, takde lah sedara mara yang datang. Aku pulak tak berani jugak nak buat aktiviti ziarah-menziarahi.

Sampul raya negeri-negeri di Malaysia.

Sampul raya ketupat beli kat Mydin.

Sampul raya Saharil.

Sampul raya Nutrigold.

Sampul raya PTS.

Sampul raya AEON. Tak cukup satu jenis.

Sampul raya Disney.

Sampul raya Gempakstarz 2022.

Sampul raya BoBoiBoy versi 1.

Sampul raya BoBoiBoy versi 2.

Sampul raya BoBoiBoy versi 3.

Sampul raya songket beli kat Mydin.

Sampul raya balik kampung beli kat Mydin.

Sampul raya Texas Chicken.

Sampul raya Zon Ria.

Sampai lah tahun ni. Sampul raya masih elok tersimpan dalam gerobok. Ada yang aku simpan buat koleksi. Ada yang beli sebab nak guna bagi duit raya nanti. Ada jugak yang dapat percuma macam sampul raya Gempakstarz, Nutrigold dan Texas Chicken.

Anak buah tak ramai pun. Stok sampul raya yang ada ni rasanya boleh guna sampai beberapa tahun kot. 😅

Post a Comment

10 Comments

  1. Salam aidilfitri maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Dulu-dulu suka juga mengumpul.. tapi sekarang dah kurang sangat nak mengumpul..

    ReplyDelete
  3. wahhhh banyak koleksinya warna warni!

    ReplyDelete
  4. Uish.. Semuanya lawa-lawa..
    Sha selalunya recycle je sampul raya anak-anak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Yang ni pun banyak sampul tahun lepas. Tak bagi duit raya sebab masih PKP.

      Delete