Ulasan komik Pemain KIV dari Santa Fung.


Santa Fung ni salah sorang pelukis komik yang bernaung bawah Gempakstarz. Sekarang aku tak tahu dia masih kerja sana lagi ke tak. Ada banyak komik yang dia hasilkan. Antaranya Perawan Pisces, Hadiah Santa!, Terbang ke Mercu dan Pemain KIV.


Komik Pemain KIV ni dah tak dijual kat pasaran. Sekarang pun payah nak jumpa even yang pre-loved punya. Boleh katakan ni antara komik rare keluaran Gempakstarz.

Tajuk: Pemain KIV
Karya: Santa Fung
Harga: RM10.00 / RM11.00 (SS)
ISBN: 9789673856619
Muka surat: 136
Tarikh terbit: Disember 2015
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Sinopsis


Pemain KIV menceritakan pasal Staed, salah sorang pemain simpanan bola sepak. Walaupun selalu berada di bangku simpanan, tapi dia mampu bagi kemenangan kepada team dia bila dia turun padang.

4 bergabung jadi 1


Dalam komik ni, ada 4 bab. Masa baca, seakan setiap bab macam takde kaitan. Seolah-olah cerita tak bersambung. Tapi elemen utama yang diketengahkan (kemesraan, persahabatan, pertandingan, percintaan dan ketegasan) buatkan setiap bab ni mampu bersatu menjadi satu.


  1. Waiting for Willie (1st Half)
Versi berwarna. Plot pasal dua kumpulan yang berebut untuk main bola sepak kat padang yang sekangkang kera. Setiap kumpulan ada 3 orang pemain. Maka, bertarung lah diorang berenam.

  1. Smile Sparrow
Bab ni, watak Staed (midfielder) dan Bamb (striker) diperkenalkan lebih mendalam. Kisah diorang yang berusaha untuk buat jurulatih perempuan diorang, Taju tersenyum.

  1. Substitute King
Watak Ken jadi tunggang utama bab ni. Kisah dia yang merupakan pemain simpanan takde semangat nak berlatih bola sepak. Satu hari masa naik bas, dia tersilap tempat latihan. Tanpa dia sangka, walaupun dia tersilap lokasi (salah driver), kat tempat ni lah dia mula sedar impian dia selama ni.

  1. Waiting for Willie (2nd Half)
Siapa Willie? Kenapa diorang tunggu Willie? Bab akhir ni fokus kat padang bola sepak. Tapi pasal perlawanan flashback pemain-pemain simpanan yang ada kaitan dengan perlawanan utama antara pasukan Sparrow High School dengan pasukan Phoenix High School. Sedihnya, cerita ni tergantung. Tak tahu sekolah mana yang menang.

Ulasanspoiler alert


Aku suka stroke dan gaya lukisan Santa Fung. Kemas. Lagi-lagi bila dia lukis guna komputer. Lawak yang ada dalam komik ni sempoi je. Tak over dan tak krik krik. Cukup rasa.

Dalam komik ni, seingat aku, tak diterangkan apa tu KIV. Tapi aku pasti KIV tu merujuk kepada Keep In View.


Tapi kurengnya, dari segi plot. Boleh katakan 90% latar tempat dalam cerita ni, merupakan padang bola sepak. Bagi aku, terlalu banyak scene bola sepak sampaikan kurang penekanan diberikan terhadap watak-watak terutamanya watak utama. Orang kata, perkembangan karakter tak nampak.


Bagi sesiapa yang minat bola sepak dan suka baca komik, aku jamin komik Pemain KIV ni sangat sesuai untuk dibaca. Walaupun takde info penting bola sepak macam teknik serangan, pertahanan atau skil yang diketengahkan, tapi komik ni masih lagi berbaloi untuk diterokai


Aku tetap suka dengan gaya lukis Santa Fung yang kemas dan teliti. Separuh akhir komik ni, boleh nampak lukisan dia makin matang. Setiap kotak komik dihasilkan dengan cermat.

Post a Comment

4 Comments

  1. nampak best komik ni. dulu mama layan slamdunk aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slam Dunk dulu mampu tengok kat NTV7 je. 😅

      Delete
  2. Macam menarik.. Kalau terjumpa bolehlah baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Jarang ada komik pasal sukan tapi tak tekankan sangat pasal tips sukan.

      Delete