Apabila kilat menyambar, selamat ke duduk bawah pokok? Atau better duduk dalam kereta?


Kecoh semalam pasal letupan kat Kampung Sireh, Kelantan. Boleh katakan letupan tu memang dahsyat sampai keadaan kereta sangat teruk ibarat dibom. Cermin masjid dan rumah-rumah berdekatan pun pecah berkecai, termasuk siling-siling bangunan sekolah.

Definisi


Kilat: Cahaya yang memancar di langit (biasanya sebelum guruh berbunyi).
Petir: Bunyi guruh yang kuat (biasanya disertai kilat).
Guruh: Bunyi bising di langit (yang biasanya didahului oleh kilat).

Ada yang kata puncanya daripada kilat. Ada yang kata puncanya daripada mercun yang ada dalam kereta tu. Dan ada yang kata sebelum kejadian, saksi ternampak mangsa hisap rokok. Banyak teori tapi setakat ni kenyataan rasmi berkenaan punca sebenar letupan masih belum diketahui.

Setakat ini tiada lagi kes kereta meletup disebabkan dipanah petir malah mengikut saintifik, kereta yang dipanah petir tidak akan menyebabkan berlakunya percikan api. - Dr Jasrul Jamani Jamian, Pensyarah Kanan Sekolah Kejuruteraan Elektrik UTM Skudai

Mitos x Fakta


Banyak mitos berkenaan petir/kilat ni. Antaranya:

Mitos: Tayar getah pada kereta melindungi kita dari kilat dengan bertindak sebagai penebat yang melindungi kita dari tanah.
Fakta: Kebanyakan kereta selamat dari kilat, tapi bumbung logam dan sisi logam melindungi kita, BUKAN tayar getah. Apabila kilat menyambar kenderaan, ia melalui kerangka logam ke tanah.

Mitos: Sekiranya di luar berlaku ribut petir, kita harus mencari perlindungan di bawah pokok untuk elakkan basah dan kekal kering.
Fakta: Berada di bawah pokok adalah penyebab kedua kematian kilat. Lebih baik basah daripada digoreng!

Mitos: Jika kawasan tu tak hujan atau tiada awan, kita selamat daripada kilat.
Fakta: Kilat selalunya menyerang lebih dari tiga batu dari pusat ribut petir, jauh di luar kawasan hujan atau awan ribut petir.

Konsep sangkar Faraday.

Konsep duduk di dalam kereta waktu kilat sambar-menyambar ni adalah berdasarkan 'Faraday cage' atau sangkar Faraday. Sangkar Faraday ni adalah bekas logam yang bersifat konduktif yang menghalang medan elektrik masuk. Bila kereta dipanah kilat, arus elektrik hanya mengalir pada lapisan logam paling atas dan seterusnya mengelakkan ia mengalir di dalam kereta. Arus elektrik ni akan mengalir ke tanah melalui tayar kereta.



Sebaiknya, bila awan mendung dan nampak macam nak hujan, elakkan berada kat luar rumah atau bangunan. Jangan sesekali berteduh kat bawah pokok. Better cari bangunan terlindung untuk elakkan kejadian yang tak diingini.

Post a Comment

10 Comments

  1. Mmm.. macam² teori yang keluar dari mulut netizen. Ada kata pasal mercun, ada yang kata kena kilat, saya yang membacanya pun tak tahu mana yang betul

    ReplyDelete
  2. Ada juga baca berita ni . Teruk betul keadaan kereta tu . Dengar kata dalam kereta tu ada mercun bola

    ReplyDelete
  3. Baik. Memang kalau ada kilat je, kena cari tempat berlindung, tapi bukan bawah pokok. Takut juga bawa kereta time hujan serta kilat. Seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya jugak kalau drive waktu hujan bila kiri kanan ada pokok. Banyak kes kemalangan disebabkan pokok yang tumbang timpa kenderaan.

      Delete
  4. Kecoh betul sewaktu kejadian itu. Orang sangka itu, sangka begini, kita pun jadi takut. Terkini katanya, pemandu merokok, dan dalam kereta tu ada mercun. Entahlah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih dalam siasatan. Harap takde yang sebarkan maklumat yang belum sahih.

      Delete
  5. Satu tragedi yang dasyat. Macam macam assumption orang buat. Tak tahu yang mana satu betul.

    ReplyDelete