Lawak Kampus 42 dah sampai.


Excited betul bila abang posmen bagi bungkusan kat aku. Waktu tu dah agak dah mesti dari Gempak Starz. Sebab selalunya kalau order buku, diorang akan letak dalam sampul kuning.


Hari tu aku ada buat entri yang aku sempat tengok pelancaran Lawak Kampus 42 secara live. 100 pembeli terawal akan dapat komik yang ada autograf pelukisnya, Keith. Waktu tu memang tak fikir panjang dah. Terus sambar sebijik bila order bukak. Best bila tertera autograf Keith kat dalam komik tu. Terasa berharga yang amat.


Kali ni, tema yang digunakan adalah pasal YouTube. Sekarang kan masih lagi panas pasal konten yang dihasilkan dari YouTube. Jadi, dengan mengikut trend, Lawak Kampus pun tak ketinggalan join sekali.


Harga komik ni RM10 seketul. Beli online lagi senang. Tak pasti bila akan ada kat 7e dan kedai-kedai buku. Selalunya bila dah start jual online, beberapa hari nanti akan ada komik ni yang kedai fizikal jual. Sekarang, aku belum habis baca lagi. Setakat yang aku baca, lawak dalam komik ni tak pernah tak best. Ada je idea baru. Kadang sampai tergelak sorang-sorang.

Post a Comment

8 Comments

  1. Anak Ammi pernah request..Ammi taktau pulak kalau dia jenis beredisi mcm gila2 dan Ujang dizaman Ammi muda mudi dulu.

    Tp sbb budak2 ni leka malas nak buat homework makanya Ammi campak je komik ni dlm tong sampah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah leka memang macam tu. Boleh kumpul buat koleksi.

      Delete
  2. Selamat membaca. boleh beli jugak nanti. komik favourite dari zaman remaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Antara komik terbaik yang masih wujud sampai sekarang.

      Delete
  3. anak mama layan ni, tak sure dia dah ada ke belum edisi ni

    ReplyDelete