Pengalaman guna Pgeon Delivery untuk hantar barang.


Kali pertama aku tahu kewujudan Pgeon Delivery ni. Kesnya masa aku beli barang online, ada seller pos barang yang aku beli tu guna servis Pgeon. Aku pelik waktu tu. Tak pernah dengar pun sebelum ni.

Bermula lah episod penyiasatan ala Detektif Conan. Aku search dan bukak website Pgeon. Rupanya kat kawasan aku tinggal memang ada kurier Pgeon ni. Maklum lah. Dah terbiasa guna servis PosLaju, J&T dan Ninja Van sebelum ni.


Sebenarnya dah lama aku idamkan servis kurier yang macam ni. Serius. Dari dulu lagi. Aku pernah dengar PosLaju pun ada buat servis pick up tapi rasanya tak semua tempat dan ada caj tambahan. Dalam website pun tak diuar-uarkan. Bila dapat tahu Pgeon buat servis pick up dari rumah ke rumah, memang excited nak mencuba.

Kelebihan Pgeon Delivery


Ni bukan iklan berbayar tau. Aku buat entri ni berdasarkan pengalaman yang aku nak share. Mana lah tahu kot-kot benda ni akan berguna nanti kepada mereka yang memerlukan.

  • Pick up barang dari rumah secara percuma - Yang ni aku paling suka. Staf Pgeon akan datang ke rumah kita atau ofis dsb untuk pick up barang yang kita nak pos. Tak perlu susah payah pergi ke kaunter pos untuk hantar barang. Jimat masa, duit dan tenaga.
  • RM6.29 sehingga 5 kg - Murah giler kan? Jauh beza harga dengan PosLaju dan J&T. Kalau kurier lain tu harga at least RM20 untuk 5 kg.
  • RM6.29 sehingga 30 cm setiap sisi - Kalau barang kecil yang tak lebih dari 30 cm pada setiap sisi, harga tetap akan jadi RM6.29. Kalau barang besar daripada tu, harga bertambah sikit. Tapi masih lagi murah dari kurier lain.
  • No printer no problem - Kalau takde printer nak print slip postage (airway bill) tu, jangan risau. Pgeon akan print kat pejabat diorang. Kita just tulis tracking number dan nombor telefon je kat kotak atau barang yang nak dihantar tu.

Paling best, kalau kita book sebelum pukul 7 pagi, staf Pgeon akan datang pungut pada hari yang sama. Pengalaman aku, aku book pukul 2 pagi. Staf Pgeon datang ambil barang kat rumah pukul 10 pagi. Cekap dan pantas betul kan?

Kita boleh book tarikh yang kita nak. Cuma masa je lah yang tak boleh book. Tapi Pgeon akan call sebelum diorang gerak ke rumah kita. Takde lah nanti kelam-kabut nak prepare masa dia datang. Diorang boleh datang collect barang setiap hari kecuali hari minggu dan cuti umum.

 Amaran: Elakkan pos barang basah seperti buah, frozen food dsb. Pengalaman aku, 5 hari makan masa. Kalau guna J&T, paling lama pun 2 hari je.

Limau dan kedondong yang terperap 5 hari.

Kali pertama aku cuba, aku hantar buah ke Putrajaya. Malang betul. Buah yang putik bertukar masak sebab 5 hari terperuk dalam kotak. Aku ingatkan cepat sampai. Sebab sebelum ni aku guna J&T, diorang ambil masa paling lama 2 hari je untuk sampai sana. Aku tak tahu lah sama ada kebetulan turn aku jadi macam ni. Sebab buku-buku yang seller hantar kat aku guna Pgeon, cepat je sampai. Pagi semalam hantar, petang ni sampai.

Lepas ni, untuk barang basah, nope! Tapi kalau untuk barang biasa, memang aku akan guna Pgeon. Sangat memudahkan urusan. Tak perlu bazir masa, keluarkan duit minyak dsb untuk pos barang. Janji barang sampai dengan selamat pun dah cukup.

Post a Comment

14 Comments

  1. pigeon ni servis dia murah sket kan dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Setakat saya guna, memang lagi murah dari yang lain.

      Delete
  2. oo wak baru tahu, mudah kan kalo leh dtg umh amek brg kita.. 😅😅

    ReplyDelete
  3. rasanya pernah dengar courier ni tapi setakat ni belum merasa lagi servis diorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni elok je kalau nak pos barang-barang kering.

      Delete
  4. Alaa baru semangat nak try pgeon sekali tengok feedback kat Twitter macam tak ok je. Risau pulak barang tak sampai/lambat sampai T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lambat sampai tu bergantung kepada kawasan. Atas nasib jugak.

      Delete
    2. Takpe dh rasa first hand ni, dri 13hb ni smpi skng tak smpi barang aku.. A job well done.. ikut nasib? What is this? Courier charity ke? We pay for this service.. dh nak dekat raya barang aku dh klua Puchong hub smpi skng xde update..

      Delete
    3. Yup. Still bergantung pada nasib cepat atau lambat. Lagi-lagi time musim perayaan. Plus sekarang terlalu banyak online seller. Jadi, boleh expect lambakan barang kat gudang/ofis syarikat kurier macam mana. Tu belum termasuk lagi konflik dalaman diorang.

      Bagi saya, kalau ada kurier yang buat hal, saya takkan guna dah perkhidmatan diorang. Banyak lagi kurier dalam Malaysia yang boleh kita pilih.

      Delete
  5. First time dgr delivery service yg ini.. Tq bagi info

    ReplyDelete