Aku ingat semua tahu apa tu mi lidi.


Lepas order burger, singgah kedai runcit. Nak cari mi lidi. Malas nak order kat Shopee. Lambat sampai pulak nanti.

Satu kedai aku pusing. Setiap rak aku tengok. Tak jumpa penampakan mi lidi. Aku tanya staff kedai kat mana mi lidi. Tapi diorang tak tahu apa tu mi lidi. 😭

Pergi 3 kedai lain. Sama jugak. Takde jual mi lidi. Sekali lagi, diorang kata tak tahu apa tu mi lidi. Yang ada spageti je. Kherlas kau mak cik. πŸ˜‚

Terkedu aku. Aku membesar dengan makan mi lidi. Mi kuning fresh tu aku kurang suka. Kalau masak mi goreng basah guna mi lidi, sangat sedap. Mungkin sebab bahan-bahan pembuatan mi lidi tu tak sama dengan mi biasa.

Beli dalam keterpaksaan.

Makanya, keluar lah aku dari kedai tu dengan beberapa ketul roti favourite aku dan megi tom yam. Lepas ni memang kena order kat Shopee gamaknya.

Post a Comment

10 Comments

  1. kita pun baru first time tau mi lidi hehehe

    ReplyDelete
  2. ammi pernah dengar sbb ada kawan yg rajin sebut pasal mi lidi ni..tapi nak beli dan masak sendiri belum pernah.

    mee sanggul pernahlah...lebih kurang je kot texturenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mi sanggul saya belum pernah makan. Nampak rupa lebih kurang sama. Rasa tu tak pasti sama ke tak.

      Delete
  3. Pernah dengar dan nampak tapi tak pernah masak.. menarik untuk dicuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Selalu makan dari kecik sebagai sarapan sebelum ke sekolah. Rendam dalam air siap-siap waktu malam, pagi besok terus masak.

      Delete
  4. Jarang nampak mi lidi ni. Tapi tahu kewujudan dia. Buat stok okay sangat kan sebab tahan lama berbanding mi kuning fresh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Selalu beli buat stok. Sangat convenient. Memang tahan lama asalkan tak dimakan bubuk.

      Delete