Kongsi pengetip kuku. Boleh ke?


Mungkin ramai antara kita yang masih lagi kongsi pengetip kuku. Terutamanya dalam keluarga: mak ayah dan adik-beradik. Persoalannya, boleh ke? Kalau kongsi, apa kesannya kepada kesihatan?

Ya. Boleh berkongsi. Dengan syarat, pengetip kuku tu mesti lah dibasuh dengan cuci secuci cucinya lepas guna. Kalau ada cecair disinfectant macam Dettol, lagi baik. Lepas guna, cuci dengan cecair tu kasi bersih.

Tidak. Tak boleh kongsi bila kita jenis malas. Lepas guna, malas basuh. Terus simpan. Nanti giliran orang lain nak guna, tak sedar guna pengetip kuku yang tak basuh.

Kenapa kena basuh?


Salah satu sebab, dalam kuku kita yang kotor, macam-macam bakteria ada. Lagi-lagi kuku yang hitam legam. Masa potong kuku, harus lah kotoran tu melekat sekali pada pengetip kuku. Kotoran takkan hilang kalau main lap je. Tak geli ke kalau tak basuh? 

Selain tu, sebab nak elak penyakit bawaan darah macam Hepatitis C. Pernah alami tak, masa kita potong kuku, kita tersalah potong pendek sangat? Sampai berdarah. Memandangkan Hepatitis C penyakit bawaan darah, berkongsi pengetip kuku sangat lah bahaya. Penyakit ni boleh sebabkan kanser hati.

Pengetip kuku terbaik dari Daiso


Dah. Cukup bebel panjang lebar. Aku nak info pasal pengetip kuku yang aku selalu guna. Mula tahun 2018 tak silap aku. Setiap kali aku nak potong kuku, aku akan guna pengetip kuku Daiso. Ada beberapa jenis yang diorang jual. Tapi jenis besi 100% ni aku suka guna.
  1. Tajam - Bagi aku, sepanjang aku pakai bertahun, pengetip kuku ni masih tajam. Nak potong kuku kaki yang keras tu pun mudah.
  2. Murah - Antara pengetip kuku yang murah. Mungkin ada lagi yang lagi murah tapi bagi aku, harga yang Daiso tawarkan ni sangat berpatutuan dengan kualiti.
  3. Design simple - Aku suka design macam ni. Simple. Tak perlu nak kena ada casing atau cantuman plastik yang fancy. Cukup sekadar besi. Nak bersih pun senang.
  4. Tahan karat - Takde kesan karat walaupun basuh berkali-kali. Bebas karat yang dapat hindar kancing gigi.

Yup! Setiap kali lepas guna pengetip kuku, aku akan basuh dengan air sabun. Mungkin sesetengah orang lepas guna, terus simpan. Tidak bagi aku. Kalau tak basuh, aku terasa sangat geli. Ye lah. Sisa kotoran dalam kuku yang datang dari entah mana.

Plus, aku tak bergilir pengetip kuku dengan orang. Sorry. Bagi aku, pengetip kuku ibarat shaver. Takkan nak kongsi shaver yang digunakan pada bulus dengan orang lain kan? 🤭



Pengetip kuku Daiso pesen ni ada dua saiz: besar dan kecil. Selalunya aku guna yang besar. Tapi masa order kat Shopee, stok yang besar dah habis. Terpaksa beli yang kecil. Asal boleh guna untuk potong kuku.

Sekali lagi, elakkan kongsi pengetip kuku. Beli je lah kat kedai satu sorang. Kalau ada 10 orang dalam famili, beli lah 10. Jangan kedekut bab kebersihan. Nanti bila dah dapat penyakit, menyesal tak sudah.

Post a Comment

10 Comments

  1. Dah guna kena cepat-cepat basuh sebelum simpan, nanti orang lain nak guna mudah.

    ReplyDelete
  2. persoalan yg bagus sebab ramai kawan mama ni pinjam ketip kuku mama, tapi lepas diorg pakai diorg cuci siap rendam air panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak tu rendam air panas. Cepat bakteria mati.

      Delete
  3. pernah kongsi dengan keluarga je. kalau kawan, tidaklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Sekarang memang tak kongsi dah. Kalau diorang guna pun, saya basuh dulu sebelum guna balik.

      Delete
  4. saya antara orang yang tak berkongsi pengetip kuku dengan orang lain..hihi

    ReplyDelete
  5. Kena sediakan banyak stok kat rumah ini sebab selalu je hilang atau salah letak.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam tu. Benda ni masa kita tak nak guna, elok je ada depan mata. Bila nak guna, cari bawah kerusi pun tak jumpa. 🤭

      Delete