Pek Spesel Lawak Kampus 43.

 Update: Gempakstarz umum edisi 7-Eleven akan mula dijual bulan Jun nanti (30 Mei 2022) dan pengunjung PBAKL 2022 confirmkan kewujudan edisi Popular kat sana (4 Jun 2022)


Baru beberapa hari komik terbaru dari Gempakstarz iaitu Lawak Kampus 43 dilancarkan secara rasmi. Kali terakhir (isu 42) dilancarkan dalam bulan Januari lepas. Sekejap je rasanya masa berlalu. Sepanjang 4 bulan ni, banyak betul buku baru yang diorang buat.


Macam biasa, setiap kali komik terbaru Lawak Kampus terbit, akan ada dua jenis: komik normal dan Pek Spesel. Ramai yang ternanti-nanti untuk dapatkan Pek Spesel. Sebab ada banyak barang rare yang hanya diberi melalui Pek Spesel.

Kelainan Pek Spesel Lawak Kampus 43


Ada beberapa kelainan untuk pengeluaran kali ni. Tak sama macam yang sebelumnya. Aku pelik. Apa sebenarnya yang berlaku?


  1. Tiada lagi kolaborasi dengan Popular dan 7e - Kalau sebelum ni, Pek Spesel ada versi Popular dan 7e. Tapi kali ni, untuk isu 43, hanya ada satu versi iaitu versi Gempakstarz. Aku tak pasti sebab apa diorang tak collab dengan company tu? Adakah jualan isu lepas tak laku? Tak ramai orang beli?
  2. Autograf Keith - 100 orang pembeli terawal (katanya) akan dapat sekeping kad percuma yang ada autograf pelukis Lawak Kampus iaitu Keith. Adakah marketing semata untuk lariskan produk? Mungkin. Tapi aku suka. Bukan senang nak dapat autograf Keith tau.
  3. Harga lebih murah - Kalau dulu harga RM45 seketul, kali ni, harga diturunkan kepada RM38 seketul. Agak murah kan? Mungkinkah disebabkan dah takde collab dengan Popular dan 7e, maka, harga boleh dikawal secara terus oleh Gempakstarz?
  4. NFT diperkenalkan secara langsung - Kali ni, nampaknya Gempakstarz giat promote NFT (non-fungible token). NFT ni aset digital. Aku pernah info dalam entri lepas.

Dua variasi beg


Kiri kad berautograf Keith, kanan view belakang kotak Pek Spesel.

Kiri kad autograf, tengah Pek Spesel, kanan sampul raya 2022 percuma.

Baru je sampai Pek Spesel ni. Masih panas. Belum baca lagi. Sayang nak bukak sebenarnya. Dalam pek ni, diberi sekali hadiah percuma (bayar sebenarnya) sebuah beg galas. Ada dua variasi warna: hitam dan merah. Aku pilih warna hitam sebab lagi cun dan elegan. Nak beli dua terus, macam membazir pulak. Bukannya pakai pun. Simpan buat koleksi.

 P.S. Domain belum renew lagi. Harap harga maintain lah.

Post a Comment

6 Comments

  1. anak mama suka baca komik ni .. nak belikan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik. So far Lawak Kampus elok lagi untuk dibaca.

      Delete
  2. selamat membaca! lawak kampus ni memang evergreen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Masih relevan. Ramai peminat berebut beli setiap kali muncul yang baru.

      Delete
  3. Tak ada pula nampak pek spesel nie dekat 7Eleven..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya kat sesetengah negeri je yang masuk awal.

      Delete