Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022: Raya dalam panic.


Khabar angin mengatakan bahawasanya tahun ni kita bakal beraya awal akhirnya menjadi kenyataan. Memang. Beberapa hari lepas dah kecoh. Tapi belum ada kata putus lagi.

Malam tadi, kecoh dalam medsos. Kebanyakan gelabah. Ye lah. Ingatkan raya 3 Mei. Tup tup 2 Mei. Haru semua dengan persiapan raya. Daripada duk terbongkang depan TV, kelam-kabut kemas rumah, basuh baju dan buat persiapan untuk juadah raya.

Tahun ni kita hanya sempat puasa selama 29 hari. Kebiasaannya 30 hari. Tular kat medsos pasal raya diawalkan sehari. Tapi ada pihak-pihak tertentu yang nafikan. In the end, betul apa yang tular tu.


Jarang pengumuman raya macam ni kan? Tak tahu nak excited ke nak sedih. Teringat pulak cerita Senario. Announcer teropong anak bulan dan umum yang esok raya. 😆

Post a Comment

6 Comments

  1. kesian yang kelam-kabut balik kampung lah. saya pulak teringat filem Raya Tak Jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Filem legend tu. Kalut jugak. Untung yang prepare awal-awal.

      Delete
  2. Baca komen yg dah beli tiket raya Isnin malam mmg sedih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Takpe. Masih boleh beraya walaupun terlepas raya pertama.

      Delete
  3. Memang tunggu pengumuman raya tahun ini.. Tapi dengar kat radio je.. Tukang jerit bagi tahu dekat isi rumah Isnin raya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pun sebab kakak yang inform. Pastu tengok kat Twitter ramai terkejut raya awal. Nasib lah. Ramai yang tak habis prepare lagi.

      Delete