Beli macaron 11 sen di Shopee.


Percaya ke tak? Sempena sale 11.11 hari tu, aku sempat rembat macaron yang berharga 11 sen? Gila murah kan? Harga asal yang seller sepatutnya jual RM2.80 tapi mungkin sebab waktu tu sempena promo 11.11, jadi harga yang dia jual 11 sen je sepaket. Atau mungkin dia nak habiskan stok. Brand Nutrigold. Aku pernah jugak beli barang kat seller ni. Serbuk koko Nutrigold. Sedap jugak.


Dalam paket besar ni, ada beberapa paket kecil. Lebih tepat ada 15 ketul. Banyak kan? Paling best bila dibuat paket kecil macam tu. Boleh bawak masuk dalam beg atau poket. Bila rasa lapar, terus bukak makan. Tak payah dah nak cari balang macam letak biskut tu.



Ada dua flavour iaitu strawberry dan lemon. Aku beli flavour strawberry. Rasa 100% macam macaron ke? Tak jugak. Yang ni lebih kepada biskut. Boleh tahan rasanya. Aku suka bila bukak paket tu, semerbak bau strawberry. Bila makan pun, harus lah rasa strawberry. Aku rasa kalau beli dengan harga asal (RM2.80) pun masih berbaloi.

Post a Comment

10 Comments

  1. Ala cute betul packaging macarons dia. Kalau Fiza mesti sayang nak makan. 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Comel pulak. Terpaksa makan sebab dah nak expired. 😅

      Delete
  2. Replies
    1. Masa promo hari tu banyak barang 11 sen. Akan datang mungkin barang 12 sen pulak.

      Delete
  3. Haah nampak macam biskut. Murah betul kalau ada 15 biji. Sekarang susah jumpa barang murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Rasa pun biskut. Bentuk je macaron. 😄

      Delete
  4. Ala comel.. Lepas ni aim sale 12.12 pulak ye BK. Untung dpt yg 12 sen plak

    ReplyDelete
  5. Tangkapan shopee 11sen dapat macaroon yg comel . Packging pun nampak menarik laa .

    ReplyDelete