Mencuba Black Sesame Balls KFC. Sedap ke?


Musim ni, KFC buat menu sampingan aka add-on baru. Tapi untuk limited time katanya. Black Sesame Balls diberi nama. Black sesame ni pebenda? Dalam BM dipanggil bijan hitam. Macam bijan putih jugak yang selalu ada kat atas roti burger tu. Dalam menu masyarakat Melayu, bijan hitam jarang digunakan. Bijan putih (atau keperangan) yang selalu digunakan macam kuih buah rotan, kuih bakar bijan dan kuih bom.

Black Sesame Balls yang KFC buat ni hampir sama dengan kuih bom. Cumanya kuih bom, isi yang digunakan lebih pejal macam inti kelapa dan kacang. Tapi versi KFC ni, tekstur inti tu lebih cair dan kenyal. Ada dua set. Aku beli online. Satu RM7.99 untuk 5 ketul dan satu lagi RM5.20 untuk 3 ketul. Agak mahal kan?


Sedap? Jujurnya, inovasi pembuatan kuih ni menjadi tapi tak kena dengan cita rasa aku. Bagi aku, rasa bijan tu terlalu berat. Macam terlalu likat pun ada. Aku makan dua ketul dah terasa muaknya. Lagi satu, lebih menarik kalau dari luar lagi ditabur atau disalut beberapa biji bijan hitam. Baru nampak warna tu striking dan ada identiti. Bila kosong macam ni, orang yang makan tak tahu macam mana isi dalam tu melainkan orang tu gigit separuh dan ambil tengok.

Post a Comment

16 Comments

  1. Betul macam kuih bom. Luar kosong sahaja.

    ReplyDelete
  2. lebih sedap kalau dipromosikan kuih bom jer

    ReplyDelete
  3. kalau sy confirm x masuk ni.. dh la sejenis yg x boleh nk terima mknn yg inovasi mcm ni.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasanya ni first dan last beli. Cukup lah merasa sekali.

      Delete
  4. kalau tengok gambar macam best jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah nak kata best ke tak. Bagi saya, kuih bom kat pasar lagi best. Harga pun murah.

      Delete
  5. Dah pernah cuba sebelum keluar promo ni. Sebab masa tu nak order bebola lain tapi habis. dia gantikan dia sesame balls ni. Tapi masa tu tak tahu flavour apa. Sekadar nak cuba rasa tu okaylah. Agak kurang kena dengan taste dan agak costly jugak sebenarnya. macam tak berbaloi. Sekali tu je lah belinya pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Memang sekali je lah beli. Tu pun sebab nak rasa. Harga tak dinafikan memang cekik darah sikit.

      Delete
  6. hehe taste kita berbeza sebab haritu happy betul makan sampai tak sedar dah habis satu kotak. Mungkin sebab suka bijan kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya kurang suka kes tekstur dia berminyak lain macam. 😅

      Delete
  7. Replies
    1. Boleh tahan. Untuk cuba boleh je. Tapi saya lagi prefer roti bom kat kedai atau pasar.

      Delete