Gegar Vaganza musim 7. GV paling best. Tak boleh nak predict siapa juara.


Maka berlabuh lah tirai GV7 tahun 2020 ni. Excited tu tak hilang lagi. Dalam banyak-banyak GV, musim kali ni paling best. Kualiti finalis tahun ni memang beyond expectation aku.

Siapa juara? Aku tak kisah. Aku tak peduli. Semua finalis gempak. Dari awal, boleh nampak rata-rata diorang ni kurang menyengat. Biasa-biasa je. Tapi bila masuk konsert akhir, semua bagi kaw! Tak toleh tepi, belakang. Pandang depan terus.

Bagi aku, semua finalis kali ni sangat seimbang. Masing-masing ada kelemahan tapi diorang seimbangkan kelemahan tu dengan kelebihan diorang. Contohnya Kak Ani. Dia memang kureng kalau nyanyi lagu ballad atau rock, tapi bila nyanyi lagu irama Malaysia atau etnik kreatif, memang power.

Selain Kak Ani, Cliff Umar paling paling aku tak expect. Hebat betul persembahan dia malam tadi. Teringat aku persembahan Epik High masa MAMA 2012. Memang Cliff Umar ni dapat attract audience join sekaki persembahan dia. Dia buat konsert ni macam dia punya.


Ayu Damit? Sekali lagi dia buat persembahan pertama dan bagi benchmark. Semua persembahan finalis memang tak bosan. Kau akan enjoy bila tengok. Masuk rap battle, memang tak nampak cela yang keterlaluan. Sebab diorang memang have fun atas stage malam tadi.


Juara: Cliff Umar
Naib juara: Mus
Tempat ke-3: Ayu Damit
Tempat ke-4: Noraniza Idris
Tempat ke-5: Linda Nanuwil
Tempat ke-6: Oja
Tempat ke-7: Ashira


Apa-apa pun, sekalung tahniah kepada Cliff Umar, yang jadi juara terhormat GV7 kali ni. Dia ni memang sempoi dan humble plus energetic. Aku harap, semua finalis kali ni dapat terus aktif dalam industri seni. Jangan hilang lepas join GV sudah lah. Jadikan GV ni batu loncatan untuk terus memartabatkan industri seni Malaysia. Peace!

Post a Comment

2 Comments