Jangan makan kerang dari perairan Sungai Geting, Kelantan.


Rasa macam baru keluar gua pulak. Beberapa hari ni duk fokus kat perlawanan badminton Piala Thomas dan Piala Uber sampai tak perasan kejadian aneh yang berlaku kat sekeliling.

Terbaru, masa duk scroll Twitter, dapat berita yang Jabatan Perikanan Negeri Kelantan seru orang ramai supaya jangan makan kerang dari perairan Sungai Geting. Sungai Geting ni kat mana pulak?


Kalau ikut Google Maps, Sungai Geting ni ada kat daerah Tumpat yang bersambung dengan Sungai Golok.

Apa sebab tak boleh makan? Didapati kerang yang ada kat kawasan tu tercemar dengan toksin saraf (saxitoxin) yang berpunca daripada alga berbahaya iaitu Alexandrium minutum. Amboi nama tak nak kalah kan? Tapi alga ni sangat berbahaya. Antara kesan buruk disebabkan alga ni ialah:
  • Paralytic shellfish poisoning (PSP)
  • Lumpuh otot
  • Kegagalan pernafasan
  • Kematian

Bukan kerang je tau yang tak boleh dimakan. Tapi segala mak nenek kerang-kerangan seperti tiram, lokan, kepah dan lala pun tak boleh makan. Sebab alga ni boleh terkumpul dalam spesies zooplankton, kerang dan ketam.


Larangan orang ramai untuk tidak memungut, menjual dan memakan kerang-kerangan berkuat kuasa serta-merta. Notis pun dah dikeluarkan.

Kerang banyak toksin


Aku memang tak makan kerang. Sebab aku tahu dari dulu lagi yang spesies haiwan laut macam ni memang banyak toksin. Aku pernah tengok dalam TV, yang nelayan akan tapis dan cuci kerang ni sebelum diagihkan kepada peraih. Siap guna mesin yang canggih lagi. Sebab dalam kerang tu memang ada toksin.

Kerang-kerangan berfungsi sebagai penapis dan ia akan menapis bahan seperti alga dan jika ditapis sehingga tahap tinggi, apabila dimakan ia boleh menyebabkan keracunan. - Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Kelantan

Terliur. Tapi tak boleh makan.

Hari tu pun masa pergi pasar raya, tengok banyak pulak kerang yang dijual. Aku mampu tengok je. Tak berani nak makan. Fobia. Lagipun aku memang tak boleh makan seafood. Resdung punya pasal. Kalau terlebih makan ikan bilis pun, esoknya bersin tak sudah.

Bagus bila pihak berwajib yang alert pasal ni. Bukan apa, sekarang kan dah boleh rentas negeri. Nanti tak pasal-pasal dah balik kampung, beramai-ramai pergi kutip kerang pulak.

Post a Comment

14 Comments

  1. Jarang dah makan kerang.Sebab kerang dah mahal.Kalau beli, kulit dia berat lagi.Isi dalam secoet jer. Ha3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam durian pulak. Berat dengan kulit je. 🤭

      Delete
  2. Umm dekat juga tu dengan area rumah. Tapi mujur tak beli sangat pun kerang sekarang sbb mahei teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena hati-hati. Mahal ek sekarang? Patut lah famili jarang sangat beli kerang.

      Delete
  3. thanks for sahring. saya pun jarang makan kerang sebab resdung. bagusla pihak berwajib inform, terutama untuk penggemar kueytiow kerang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Betul. Harap penjual menu tu tak taruk lah kerang dari Sungai Geting ni.

      Delete
  4. Asalam..ziarah blog BK..
    Siaran surat rasmi tu sampai di group kami juga..kerang tercemar alga beracun ya...Semoga terhindar dari masalah kesihatan ya.Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Itu lah. Semoga nyah segala penyakit yang ada.

      Delete
  5. Ah bahayanya kalau tak tahu tapi beli juga. Habislah kita

    ReplyDelete
  6. Saya pula memang suka kerang tapi tak adalah makan banyak.. Bubuh dalam mee kari tak pun rebus dan cicah cili kicap.. Pergh!!
    Bagus bila pihak berwajib buat notis macam nie.. semoga semua orang alert lah..

    ReplyDelete
  7. bahaya juga yer kalau kutip kerang di persisiran pantai , takut ada bahan pencemaran macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya. Famili pun memang takkan pergi kutip kerang yang naik kat pantai walaupun viral macam dulu-dulu tu.

      Delete