KFC Limited Edition Face Mask x Spicy Salted Egg Chick N Go.


Masa pergi kat kaunter KFC, aku perasan ada menu baru selain Double Down iaitu seketul isi ayam bersalut perasa telur masin. Lama tak dengar telur masin aka salted egg kan? Dulu-dulu memang viral betul salted egg ni. Siap ada jajan lagi. Harga pun bukan murah.

Memandangkan KFC buat menu baru, aku pun saja lah nak cuba. Lain daripada yang lain kan. Aku beli kat kaunter. Harga RM5.49 seketul.



Best ke ayam ni? Ayam ni memang 100% isi ayam. Macam isi burger Zinger tu. Tapi isi ni macam dicelup dengan sos salted egg. Sebab boleh nampak sos tu melekit kat wrap kertas KFC. Bagi aku, boleh tahan. Memang rasa salted egg versi pedas. Secukup rasa. Rupa macam ayam gunting tapi tak digunting.


Selain tu, aku sempat beli face mask yang limited edition. Ada dua jenis: putih dan hitam. Fabrik mask ni memang cun. Macam guna fabrik jersi. Memang nampak premium. Warna hitam tu lain sikit. Kat lapisan luar tu digunakan fabrik nilon macam payung atau baju hujan tu. Cantik. Sayang nak guna. Beli untuk buat koleksi je.

Post a Comment

23 Comments

  1. Belum rasa lagi KFC salted egg. Sedap tu kalau digunting dan dijadikan isi wrap dengan salad.
    menarik pulak nampak face mask fabric KFC ni. nice lah warna hitam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak fizaa buat saya lapar nak makan ni

      Delete
    2. Kreatif jugak idea tu untuk buat wrap. Boleh cuba lepas ni. Face mask KFC ni memang cantik.

      Delete
  2. nampak terliur betul salted egg tu , dah dua kali ccl terjah kfc , tapi stock laris sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini memang tak ramai orang pun masa pergi. Boleh tengok staff duk sembang-sembang lagi kat meja.

      Delete
  3. demm, kfc kat doha ni xde pulak perasa telur masin nih., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mustahil nak ada kat sana. 😅

      Sini pun bermusim je.

      Delete
  4. Salam Ziarah...pilihan yang tepat cepat dan pantas..sedap juga produk KFC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ziarah.

      KFC kalau ada promo yang best, memang betul-betul best.

      Delete
  5. Mask tu nampak nice lah, saya ada banyak mask kain, takde satu pun saya selesa pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah. Memang tak selesa pakai mask kain. Pakai pun bila nak pergi buang sampah tepi rumah. 😂

      Delete
  6. Kira lulus rasa ayam telur masin itu ya.

    ReplyDelete
  7. Ala.. nape kat sini tak nampak iklan dia.. wargh!! Nak juga.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah nampak iklan lagi setakat ni. Tengok-tengok ada jual kat kaunter.

      Delete
  8. Esok buleh try beli sbb dh janji ngan anak yg sibuk 3-4 hari dah nak makan KFC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli sekali tu dengan face mask tu. 😅

      Delete
  9. Macam tak pernah ternampak pulakk iklan kfc menu salted niii, nampakkk sedappp, kalau sekali pandang macam seringgit yang biasa orang jual tuuu hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap. Makan dengan nasi putih memang best. 😅

      Delete
  10. Macam mana saya nak dapatkan syarikat pembuat Mask. Ada tak di kalangan rakan2 yg tahu talian syarikat pembuat mask kfc. Kain dia amat selesa lansung tak ganggu pernafasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya check kat packaging tu, takde pulak tulis maklumat syarikat yang buat. Mungkin boleh contact direct KFC untuk dapatkan maklumat tu.

      Delete