Senarai pemain badminton Malaysia dalam Piala Thomas dan Piala Uber 2020 di Aarhus, Denmark.

 Update: 17 Oktober 2021, 11.50 PM


Belum lagi reda kehangatan match Piala Sudirman, terbaru, team Malaysia akan sertai Piala Thomas dan Piala Uber. Untuk pengetahuan, kedua-dua pertandingan ni diadakan setiap 2 tahun. Walaupun tahun ni merupakan tahun 2021, tapi nama Piala Thomas dan Piala Uber dikekalkan pada tahun yang asal iaitu Piala Thomas 2020 dan dan Piala Uber 2020. Kesnya tahun lepas tak boleh nak buat disebabkan pandemik COVID-19 yang tengah panas. Jadi, pertandingan ditanguhkan dari tahun lepas dan dibawa ke tahun ni.


Piala Thomas dan Piala Uber akan bermula pada 9 Oktober 2021 hingga 17 Oktober 2021. Bila cakap pasal Piala Thomas, secara langsung akan dikatikan dengan Piala Uber. Sebabnya kedua-dua pertandingan badminton ni diadakan pada waktu yang sama, tetapi berlainan pemain:
  • Pemain lelaki untuk Piala Thomas.
  • Pemain wanita untuk Piala Uber.

Sama macam Piala Sudirman, pertandingan ni merupakan pertandingan badminton yang dimainkan secara berkumpulan. Kena dapat 3 mata untuk menang. Sebanyak 5 perlawanan akan terlibat iaitu 3 perseorangan dan 2 beregu.

Senarai pemain badminton Malaysia dalam Piala Thomas 2020



Kategori Pemain
Perseorangan
  • Lee Zii Jia (23 tahun) Kapten
  • Cheam June Wei (24 tahun)
  • Ng Tze Yong (21 tahun)
  • Aidil Sholeh Ali Sadikin (21 tahun)
  • Leong Jun Hao (22 tahun)
Beregu
  • Aaron Chia (24 tahun) - Soh Wooi Yik (23 tahun)
  • Goh Sze Fei (24 tahun) - Nur Izzuddin Mohd Rumsani (23 tahun)
  • Tee Kai Wun (21 tahun) - Man Wei Chong (22 tahun)
  • Low Hang Yee (24 tahun)

Senarai pemain badminton Malaysia dalam Piala Uber 2020



Kategori Pemain
Perseorangan
  • Lee Meng Yean (27 tahun) Kapten
  • S Kisona (24 tahun)
  • Goh Jin Wei (21 tahun)
  • Eoon Qi Xuan (20 tahun)
  • K Letshanaa (18 tahun)
  • Siti Nurshuhaini Azman (17 tahun)
Beregu
  • Pearly Tan (21 tahun) - M Thinaah (23 tahun)
  • Yap Ling (21 tahun) - Teoh Mei Xing (24 tahun)
  • Go Pei Kee (19 tahun)

Sedikit fakta Piala Thomas:
  1. Nama Piala Thomas diambil sempena nama Sir George Alan Thomas, iaitu seorang pemain badminton English yang terkemuka.
  2. Malaysia merupaka negara pertama yang memenangi Piala Thomas, mengalahkan Denmark dengan skor mata 8 - 1.
  3. Bermula tahun 1984, Piala Thomas diadakan setiap dua tahun dengan format skor mata baru iaitu 5 perlawanan (3 skor mata untuk menang).
  4. Malaysia telah merangkul sebanyak 5 kali kejuaraan dalam Piala Thomas iaitu pada tahun 1949, 1952, 1955, 1967 dan 1992.
  5. Pada kejohanan tahun ini, England tarik diri dari Piala Thomas disebabkan kecederaan beberapa pemain mereka.

Sedikit fakta Piala Uber:
  1. Nama Piala Uber diambil sempena nama pengasasnya iaitu Betty Uber, yang merupakan bekas pemain badminton England.
  2. Bermula tahun 1984, Piala Uber diadakan setiap 2 tahun seperti Piala Thomas (sebelumnya setiap 3 tahun).
  3. Malaysia belum pernah memenangi Piala Uber.

Majoriti pemain-pemain muda yang beraksi dalam pertandingan kali ni. Semoga team Malaysia mampu tunjukkan aksi yang cukup memberansangkan. Walaupun menang atau kalah adat pertandingan, tapi diharap diorang buktikan kat dunia yang Malaysia mampu bangkit untuk jadi yang terbaik.

Jadual Piala Thomas dan Piala Uber 2020.


Date Time Court 1 Court 2 Court 3
Sat, 9 Oct Day 1 8.30 AM TPE (2) vs (3) THA
1.30 PM
7.00 PM KOR (4) vs (1) GER DEN (5) vs (0) FRA INA (5) vs (0) ALG
Sun, 10 Oct Day 2 8.30 AM
1.30 PM JPN (4) VS (1) CAN
7.00 PM IND (5) vs (0) NED CHN (5) vs (0) THT
Mon, 11 Oct Day 3 8.30 AM
1.30 PM INA (3) vs (2) THA TPE (5) vs (0) ALG
7.00 PM KOR (4) vs (1) FRA DEN (3) vs (2) GER
Tue, 12 Oct Day 4 8.30 AM
1.30 PM CHN (5) VS (0) NED
7.00 PM MAS (5) vs (0) CAN IND (5) vs (0) THT
Wed, 13 Oct Day 5 8.30 AM INA (3) vs (2) TPE
1.30 PM THA (5) VS (0) ALG
7.00 PM DEN (4) vs (1) KOR GER (3) vs (2) FRA NED (4) vs (1) THT
Thu, 14 Oct Day 6 8.30 AM CHN (4) vs (1) IND JPN (4) vs (1) MAS
1.30 PM
7.00 PM
Fri, 15 Oct Day 7 8.30 AM Suku akhir

KOR (2) vs (3) JPN
Suku akhir

THA (0) vs (3) CHN
1.30 PM Suku akhir

DEN (3) vs (1) IND
Suku akhir

INA (3) vs (0) MAS
7.00 PM
Sat, 16 Oct Day 8 8.30 AM
1.00 PM Separuh akhir

INA (3) vs (1) DEN
Separuh akhir

CHN (3) vs (1) JPN
7.00 PM
Sun, 17 Oct Day 9 8.30 AM
1.00 PM Final

INA (3) vs (0) CHN
7.00 PM
🏆 CHAMPION: INDONESIA


Date Time Court 1 Court 2 Court 3
Sat, 9 Oct Day 1 8.30 AM CHN (5) VS (0) CAN INA (4) VS (1) GER
1.30 PM JPN (5) VS (0) FRA DEN (4) VS (1) MAS KOR (5) VS (0) THT
7.00 PM
Sun, 10 Oct Day 2 8.30 AM IND (3) VS (2) ESP THA (5) VS (0) SCO TPE (5) VS (0) EGY
1.30 PM CHN (5) VS (0) MAS
7.00 PM DEN (4) VS (1) CAN
Mon, 11 Oct Day 3 8.30 AM INA (4) VS (1) FRA TPE (5) VS (0) THT KOR (5) VS (0) EGY
1.30 PM JPN (5) VS (0) GER
7.00 PM MAS (1) VS (4) CAN
Tue, 12 Oct Day 4 8.30 AM THA (5) VS (0) ESP IND (4) VS (1) SCO
1.30 PM JPN (5) VS (0) INA GER (2) VS (3) FRA
7.00 PM CHN (5) VS (0) DEN
Wed, 13 Oct Day 5 8.30 AM THA (5) VS (0) IND EGY (5) VS (0) THT
1.30 PM KOR (4) VS (1) TPE ESP (3) VS (2) SCO
7.00 PM
Thu, 14 Oct Day 6 8.30 AM
1.30 PM Suku akhir

KOR (3) vs (0) DEN
Suku akhir

JPN (3) vs (0) IND
7.00 PM Suku akhir

TPE (0) vs (3) CHN
Suku akhir

IND (2) vs (3) THA
Fri, 15 Oct Day 7 8.30 AM
1.30 PM
7.00 PM Separuh akhir

JPN (3) vs (1) KOR
Separuh akhir

THA (0) vs (3) CHN
Sat, 16 Oct Day 8 8.30 AM
1.00 PM
7.00 PM Final

JPN (1) vs (3) CHN
Sun, 17 Oct Day 9 8.30 AM
1.00 PM
7.00 PM
🏆 CHAMPION: CHINA

Astro selalunya akan tayang live setiap acara melibatkan Malaysia. Kalau nak tengok online pun boleh. Kat YouTube. Tapi macam Piala Sudirman, tak semua perlawanan yang ada. Tengah ralit tengok live, tiba-tiba channel tu buat hal pulak.


RTM pun ada tayang live jugak. Boleh tengok kat channel TV Okey. Dalam channel Sukan RTM pun ada jugak. Boleh tengok online kalau takde TV atau ada kat luar.

Post a Comment

4 Comments

  1. Frust bila mengenangkan Dato Lee Chong Wei tak merasa julang Piala Thomas. Good luck team Malaysia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Dulu memang terbayang yang LCW julang piala tu. Antara pemain badminton yang betul-betul komited setiap kali match. Payah dah nak jumpa macam dia. 😌

      Delete
  2. Replies
    1. Harapnya macam tu lah. Kena buat yang terbaik macam LCW buat.

      Delete