Unik pakaian kontinjen Malaysia dalam pembukaan Olimpik 2020 Tokyo.



Masa pembukaan rasmi Olimpik, aku tengok busana kontinjen Malaysia kali ni memang lain daripada yang lain. Dulu, biasanya pakaian akan ada motif tradisional ataupun harimau. Kali ni memang rare dan unik. Warna yang digunakan sangat menyerlah dan terasa semangat bersukan kat situ.


Tema Laksamana Hang Tuah diangkat. Ditambah lagi dengan baju sikap moden dan tanjak tu, memang menaikkan lagi feel zaman Hang Tuah suatu ketika dulu. Plus seluar putih tu nampak segak bila dipakai. Untuk perempuan pulak, dokoh (hiasan kat leher) menonjolkan lagi ciri zaman Hang Tuah. Sangat elegan dan dalam masa yang sama, cukup ayu dan sopan.

Pandai Farah Ann ni posing.

Sepanjang Olimpik 2000 sampai sekarang, ini lah kali pertama aku tengok busana yang sangat kreatif dan aku respek kat designer kerana mampu berfikir di luar kotak. Kombinasi tradisional dan moden memang ngam. Boleh katakan upgrade busana masa Olimpik 2012 kat London.

Olimpik 2000 Sydney.

Olimpik 2000 Sydney.

Olimpik 2004 Athens.

Olimpik 2008 Beijing.

Olimpik 2012 London. Yang ni pun boleh tahan lawa.

Olimpik 2016 Rio. Olimpik terakhir Chong Wei. 😢

Busana sebelum ni lebih fokus kepada penggunaan baju Melayu dan baju kurung plain. Cumanya sampin dan selempang yang bertukar terutamanya pada corak.

Designer pun bukan kaleng-kaleng. Student Art & Design, yang memang ada ilmu dalam seni. Tiap kali aku tengok busana tahun ni, aku kagum betul dengan designer tu.

Post a Comment

14 Comments

  1. Ha ah, cantik baju kontinjen kita. Akak jenuh tunggu masa tengok opening ceremony hari tu, bila negara kita nak keluar ni. Last-last tertido, banyak nama negara yang akak tak pernah dengar pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya pun baru tahu nama-nama negara lain tu.

      Delete
  2. Rasanya not bad baju team Malaysia. Takkan balik2 ulang corak harimau, batik or songket kan. Tapi Farah Ann tu memang lawa, so tak aci sebab dia pakai apa pun cantik. Hehe. Kontinjen Itali gak steady pakai baju ala PPE. Semua nampak pregnant. Adeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Tradisional yang dimodenkan. Cantik.

      Itali walaupun simple, tapi Giorgio Armani yang design tu.

      Delete
  3. Warna dia nmpak segar & menyerlah😊💕

    ReplyDelete
  4. Nampak ok sahaja pakaian tu. Kecantikan ini subjektif. Kalau orang kata tak cantik, terpulang kepadanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Cita rasa orang tak sama. Yang penting kita hargai kesungguhan dan kreativiti orang.

      Delete
  5. Setiap baju yang direka pasti ada keistimewaannya. Cantik dan nampak moden baju kontinjen Malaysia kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Designer pun bukannya main hentam nak design baju.

      Delete
  6. lawa je bajunya... tp tu bukan penentu kejayaan diorg. yg kecam tu x berada kt tmpt mereka

    ReplyDelete
  7. Not bad baju kontinjen Malaysia. Haritu tak sempat tengok opening, jenuh tunggu bilalah Malaysia nak keluar hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun memang tak sempat tengok live. Tengok ulangan je mampu. 😅

      Delete