Big Bad Wolf kembali untuk sambut merdeka. Apa yang menarik?


Bermula 28 Ogos hingga 1 September, Big Bad Wolf (BBW) kembali menyerang dengan pelbagai promo. Macam biasa, memang banyak diskaun yang BBW buat termasuk lah diskaun 5% dengan setiap pembelian atas RM80. Tapi aku tak pernah lagi beli buku melebihi RM80 sekali harung. 😂


1. Red Readerhood Book Donation Drive




Melalui program ni, pembeli boleh menderma buku melalui 3 jenis nilai iaitu RM20 (2 buku), RM25 (3 buku) dan RM50 (10 buku). Setiap pembelian, BBW akan tambah satu lagi buku yang akan disalurkan kepada 3 badan NGO iaitu:
  • Dignity for Children Foundation (DIGNITY)
  • Malaysian Relief Agency's (MRA) Penang
  • National Association of Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM)

2. GrabPay



BBW tambah satu lagi pilhan bayaran iaitu GrabPay. Setiap pembelian minimum RM50 atau RM150 akan dapat rebate RM20 bila bayar guna GrabPay. Untung kan? Dah lah dapat free shipping, lepas tu dapat lagi diskaun RM20.

3. Voucher Maxis




BBW pun ada buat collab dengan Maxis. Setiap pembelian minimum RM100 akan dapat diskaun sebanyak 10%. Boleh claim voucher ni dalam app Maxis atau Hotlink.

4. Tote bag percuma



Kali ni BBW bagi tote bag percuma kepada mereka yang membeli sekurang-kurangnya RM120. Jarang nak ada free gift macam ni. Aku perasan, sekarang BBW kurang jual cenderamata. Dulu masa pergi kat tempat jualan fizikal, siap ada button, bookmark dan macam-macam lagi barang yang boleh dibuat koleksi.

Sales merdeka ni, aku mungkin tak beli kot. Sebab hari tu dah spent banyak. Kali ni just window shopping nak tengok apa promosi yang ada. Kalau nak beli, boleh bukak page BBW:

Post a Comment

12 Comments

  1. Selalu cuci mata je kalau BBW ni, sebab mostly buku english, eh ke semua eh buku english?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly buku English. Buku BM, Chinese ada je tapi tak banyak.

      Delete
  2. Ala....ksarie dok menahan diri je nih daripada masuk website BBW dan BookXcess. Tidak sanggup tergoda lagi huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya kalau bukak page BBW atau BookXcess, memang rambang mata nak pilih.

      Delete
  3. Tiap kali BBW ni buat sales CCL tak lepas peluang untuk beli beberapa buku untuk anak buah . Cantik juga limited tote bag tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau bukan untuk diri sendiri, memang akan beli untuk anak buah.

      Bag tu memang lawa. Tapi tak dijual berasingan. 😫

      Delete
  4. Dulu suka kumpul button badge dan fridge magnet BBW. Tapi tu zaman sale secara fizikal di Mines

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rindu nak pergi BBW fizikal. Sebab boleh belek-belek buku sebelum beli. Bila puas hati, boleh beli terus. 👍

      Delete
  5. zaman skrg ni kita beli online aje kan.. seronok byk voucher

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kelebihan beli online. Ada banyak voucher dan diskaun.

      Delete