Senarai varian COVID-19. Dari Alpha hingga Lambda.


Ringkasnya, varian COVID-19 bermaksud mutasi virus tersebut. Mutasi pulak bermaksud perubahan yang terjadi pada sesuatu bahan genetik. Wujudnya mutasi disebabkan bahan genetik tu tak disalin dengan tepat ketika virus berganda (replicate) sewaktu pembelahan sel.

Varian COVID-19 dinamakan berdasarkan abjad Greek iaitu dari Alpha hingga lah seterusya. Setakat Januari 2021, Sebanyak 11 varian yang wujud.


Aku ada baca artikel pasal varian ni. Doktor pakar dalam bidang penyakit berjagkit kat USA cakap, individu yang tak vaksin berpotensi untuk jadi 'kilang varian'. Maksudnya, varian COVID-19 ni lebih mudah terhasil dalam badan individu yang tak vaksin. Dan bila tersebar, memang teruk jadinya.

Sekarang varian Delta yang jadi pembunuh pantas dan paling digeruni. Varian ni pertama kali dikesan di India pada Oktober tahun lepas. Dan varian ni masuk Malaysia masa bulan Mei tahun ni. Bila pesakit kena, kesannya akan jadi lebih teruk berbanding varian lain setakat ni.



Terbaru, varian Lambda pulak yang bakal mengganas. Varian Lambda ni mula dijumpai kat Peru, Amerika Selatan tahun lepas. Varian ni dah tersebar ke banyak negara termasuk lah USA, UK, Kanada dan Brazil.


Paling ngeri bila kerajaan mula bagi kelonggaran kepada mereka dari luar untuk masuk Malaysia. Memang lah kena kuarantin dsb, tapi sebelum kuarantin tu, dah sah-sah varian tu akan sempat 'bersiar-siar' dalam Malaysia. Harap kerajaan ketatkan lah kelonggaran macam ni.

Bukan apa, risau bila sorang kena, nanti akan terus berjangkit tanpa henti. Macam chain reaction. Waktu macam ni, memang kena jaga kesihatan betul-betul. Makanan pun memang kena jaga. Banyak makan sayur, buah atau apa-apa yang dapat tingkatkan antibodi badan.

Post a Comment

15 Comments

  1. masalahnya ramai yang tak nak vaksin. kata konspirasi lah apa lah. siap kata kita yang vaksin ni jadi bahan eksperiment lah apa lah. nak buat cmano

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlah antivax, lepas tu meroyan nak kan sijil😆

      Delete
    2. Part ni tak tahu nak cakap apa. Sekarang dah kritikal sangat. 😥

      Delete
  2. Allahu. makin merisaukan. semoga varian lambda ni tak masuk lah ke malaysia. Nauzubillah minta dijauhkan

    Semoga semua dilindungi.

    Berkait dengan kelonggrana saya taktahu nak cakap mcm mana. Bagi kelonggran salah, tak bgai rakyat mendesak. Jadi sekarang tanggungjawab atas kita sendiri ya semua. Tolong jaga diri. "dorang" dah tak peduli pasal kita. kita lah kena peduli sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Bila diketatkan, ramai bising. Bila longgar pun ramai bising. Yang pasti, gomen kena lebih tegas dalam hal ni.

      Delete
  3. Makin takut dengar pasal varian ni. Yang tak nak vaksin ni pun satu hal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Harap diorang dapat kesedaran pentingnya vaksin.

      Delete
  4. makhluk awal yg paling saya benci sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Yang lama pun tak terhapus, tiba-tiba muncul yang baru.

      Delete
  5. Beberapa hari sebelum olimpik,actually dah ada satu kes dekat airport Haneda.Tapi Jepun senyapkan jer😅. Harap2 takde kotigen kita bawak balek si budak Lambda tu ke Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Risaunya. Harap diorang tak bawak balik apa-apa virus dari sana. Kalau tak, naya nanti.

      Delete
  6. Macam macam dah sekarang ni hmmm, nak keluar rumah pun takut sangat. Memang rasa tak selamat even kita jaga sop cemana sekalipun. Harap haraplah covid ni cepat cepat terhapus walaupun tak tahu bila akan berakhir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Kita yang muda sihat ni pun takut berjangkit. Tapi pelik bila tengok golongan berumur selamba badak keluar rumah tak pakai mask. 😵

      Delete
  7. Yg peliknya org masih lg nk berkumpul2 padahal varians delta ni lg cpt merebaknya.. pastu bwk pulak balik umh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Gomen dah update macam-macam saluran. Masih ramai yang tak kisah.

      Delete