What's up?

  • run

    HOME

Drama Jepun: Friends Games (2017).


Tajuk: Friends Games
Jumlah episod: 4
Genre: Drama, psikologi, persahabatan
Bahasa asal: Jepun
Tarikh tayangan: 6 April 2017 - 27 April 2017
Siaran TV: TVK (Jepun)
Pelakon: Ryo Yoshizawa, Rio Uchida, Yuki Yamada, Shimon Okura, Nagi Nemoto, Amatsuki, Yuuka Ueno, Yuki Kubota

Lama sudah aku tak tengok drama Jepun. Kali terakhir aku tengok drama Jepun kat TV masa layan drama Tokyo Friends. Tu pun masa tahun 2008 tak silap. 13 tahun lepas. TV2 tayang masa tengah malam. Waktu tu takde laptop atau PC lagi. Sanggup tidur lewat semata-mata nak tengok drama tu.

Friends Games atau Tomodachi Game ni ada 3 bahagian:

Ketiga-tiga ni ditayang dalam tahun yang sama iaitu 2017. Hebat kan? Penonton tak sempat bernafas tengok ending drama, tup tup ada dua filem. Filem-filem yang ditayang selepas drama tu, saling berkait. Mungkin sebab tu kot ditayang dalam tahun yang sama.

Sinopsis


Kisah 5 orang sahabat yang dijemput oleh karakter anime (Manabu) untuk main permainan dalam suatu tempat rahsia. Permainan ni melibatkan psikologi, emosi dan fizikal. Diorang terpaksa main permainan ni sebab ada sorang di antara 5 orang ni yang berhutang sebanyak 2 juta Yen. Untuk lunaskan hutang, orang tu jemput kawan-kawan dia yang lain untuk main sekali.

Drama ni fokus kat permainan duit syiling. Masing-masing kena letak jari kat satu duit syiling besar kat tengah-tengah meja. Untuk menang permainan ni, setiap kali soalan ditanya oleh setiap peserta, duit syiling tu mesti ada kat jawapan 'ya'. Kalau duit tu ada kat jawapan 'tidak', akan ada kesan buruk yang bakal diorang alami.

Ulasan

Aku gigih tengok drama ni dari awal sebabnya tahun lepas, Astro ada tayang filem Friends Games kat channel Boo. Waktu tu aku tak faham jalan cerita tu macam mana. Sebab Astro tayang filem terakhir. Siri ni kena tengok dari drama. Kalau start tengok dari filem, memang akan pening dan tak tahu jalan cerita asal.


Setiap jenis permainan tak sama dalam setiap cerita. Untuk drama ni, diorang berlima kena main permainan duit syiling. Aku dah explain sikit dalam sinopsis tadi. Setiap pemain akan tanya satu soalan dan untuk menang permainan ni, duit syiling tu mesti berada kat tempat 'ya' bila soalan dijawab.

Ni bukan panggil roh tau.

Tujuan permainan ni adalah untuk uji kepercayaan antara sahabat. Nak menang senang je. Kena bagi 100% kepercayaan kat kawan-kawan yang lain. Tapi dalam 5 orang ni, ada satu pembelot. Pembelot ni yang nak kenakan salah sorang dari pemain-pemain tu. Jadi, walaupun semua dah bagi 100% kepercayaan, pembelot tu yang akan gagalkan semuanya nanti.

Drama ni best. Walaupun pelakon dan latar tempat tak banyak, tapi jalan cerita memang mind-blowing. Banyak plot twist yang tak terfikirkan dek akal. Dan plot twist ni memang saling berkait dari awal cerita sampai akhir. Tak macam sesetengah drama atau filem lain, plot twist yang tiba-tiba muncul dari mana ntah tak tahu. Seolah-olah nak sedapkan cerita, ditambah plot twist kat hujung-hujung.


Drama ni bukan macam tu tau. Plot twist drama ni memang saling berkait. Semua peserta nampak innocent. Tapi ada kisah tersembunyi di sebalik wajah. Lepas tengok drama ni, memang wajib tengok filem pertama iaitu Friends Games: The Movie. Kalau tak tengok, memang tak tahu lah kesinambungan drama ni macam mana. Jangan risau, drama ni pendek je. Ada 4 episod dan setiap episod tak sampai 30 minit pun. Memang style drama Jepun. Kebanyakan episod bawah 20 je.

Manabu yang psiko.

Sangat recommended untuk tengok siri Friends Games ni. Aku bagi 10 bintang sebab jalan cerita yang best dan buatkan kita berfikir sekali untuk selesaikan masalah.

6 comment (s):

  1. Banyak juga sekuel cerita ni. Sekarang pun dah trending cerita tentang games.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Pelik jugak kenapa trending lagi cerita pasal games.

      Delete
  2. Lama juga tak layan drama jepun ni . Jalan cerita nampak mcm best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best. Cuba lah tengok. Saya tengok sampai habis kes memang nak tahu ending macam mana. Banyak sangat plot twist.

      Delete
  3. rasa mcm tak pernah tengok, tp bila tengok manabu tu rasa mcm pernah tgk plak... eh, entah lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tengok trailer drama ni. Mungkin pernah tengok kot.

      Delete

Sila komen, kerana komenmu begitu berharga.