Free shipping RM0 voucher terbaru dari Shopee.


Terima kasih Shopee sebab bagi lagi voucher ni. Bukan senang nak dapat. Aku dapat lepas sale 8.8 hari tu. Best bila Shopee bagi voucher free shipping RM0 ni sebab aku selalunya beli barang harga bawah RM15.

Voucher ni ada dua jenis. Satu yang kena check out guna ShopeePay dan satu lagi boleh check out tanpa ShopeePay. Untuk mereka yang takde akaun ShopeePay, memang boleh guna voucher jenis ke-2 ni.

Kena guna ShopeePay.

Check out tanpa ShopeePay.

Tapi yang aku perasan, voucher kali ni tak sama dengan voucher dulu. Aku ada buat entri pasal free shipping voucher sebelum ni. Untuk kali ni, Shopee ada buat syarat baru iaitu buyer hanya boleh beli barang maximum 7 jenis je (dulu 14 jenis). Sama macam voucher lain. Maximum 7 barang setiap kali check out.

Bila dapat voucher ni, aku akan tengok bahagian RM1 Deals. Banyak barang murah yang seller jual dengan harga RM1. Yang bawah RM1 pun ada. Walaupun kebanyakan barang ni dari China, tapi cepat je sampai. Dan bergantung kepada kawasan rumah jugak.


Selain tu, memang untung bila guna voucher ni kat kedai yang tak join free shipping campaign dari Shopee. Kalau perasan, ada kedai yang takde label free shipping RM15 atau RM40 macam ECO Shop dan MR. DIY. Bila guna voucher ni, nanti tak perlu bayar kos penghantaran kalau beli barang dari kedai tu.

Kali ni kena pilih barang yang betul-betul perlu. Walaupun dah dapat voucher, tetap kena berjimat cermat jugak.

Post a Comment

10 Comments

  1. Berbunga sgt hati kalau dpt bbrp voucher free shipping ni.. phm2 je la kalau shipping ke sarawak ni mmg sedih sikit tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Memang berguna kalau nak ship dari atau ke sana.

      Delete
  2. Best jugak bila shopee bagi voucher free shipping . Ibarat menghargai pelanggan pelanggan setia

    ReplyDelete
  3. Syokk ooo dapat voucher RM0 tuuu, kalau tak jenuh kadang nak beli bagi cukup RM15 kalau ada voucher RM15 aje hahaha

    ReplyDelete