Racun Shopee 9.9: Pesanan pertama dah sampai.


Semalam memang gigih duk scroll app Shopee. Mula-mula cari kedai yang bagi diskaun. Kedua, tengok barang apa yang menarik. Ketiga, kalau barang tu perlu dibeli, aku terus rembat. Tak fikir panjang dah. Kena cepat sebab nanti diskaun, voucher dan seangkatan dengannya habis ditebus.

Promo kali ni macam smooth je. Takde dengar lagi complain. Sebelum ni tiap kali promo, mesti ada masalah. ShopeePay problem lah, voucher tak muncul lah. Kali ni memang bagus team diorang bekerja.

Ada beberapa barang yang aku sempat beli. Takde lah mahal pun. Nak jimat kan walaupun dengar cerita BKC dah masuk. Barang pertama yang sampai adalah Kit Kat. Perisa pisang. Aku tak pernah lagi makan.



Seller memang terbaik. Siap letak sekali ice pack lagi. Nak bagi coklat tak cair. Padahal aku beli takde lah mahal pun. Memang seller macam ni lah yang kita mahukan. Baru best nak order lagi lepas ni.

Kit Kat setakat yang aku makan, tak pernah tak manis. Mana-mana perisa pun sama. Even perisa matcha pun manis yang amat. Bila nak makan, aku akan letak dalam fridge dulu. Bagi sejuk. Kalau tak, memang comot lah tangan dan mulut duk makan coklat yang cair.

Barang lain belum sampai lagi. Masih menunggu dengan sabar. Sebab tahu waktu promo memang kurier akan delay. Tapi nasib baik Kit Kat ni dapat awal. Tak sampai 24 jam. Padahal negeri lain-lain dan bukan jiran pun. Syabas seller!

Post a Comment

16 Comments

  1. Mmg racun ni smpai sy pn tak tahu dh nk beli apa..byk sgt shoping 😆

    ReplyDelete
  2. Ada perisa pisang ye, nanti nak cuba juga hahaha, harap harap sedappp la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba tu. Entah-entah nanti ada perisa pandan atau onde-onde pulak. 🤣

      Delete
  3. Saya sedang tunggu barang motor sampai dari Indonesia.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti lama menunggu tu. Paling kurang pun 10 hari.

      Delete
  4. Berapa parcel la ye.. Macam banyak je.. Baru 1 parcel..

    ReplyDelete
  5. Pernahhhh beli.. kat Petronas . ok la.. not bad rasanya... Haha.. Woww.. manyak shoppingg ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping bajet kata orang. Lepas gian nak membeli-belah. 😂

      Delete
  6. Saya dah beli coklat nie tapi lupa nak makan.. hahaha.. bagus sesetengah seller yang jual coklat dekat shopee nie.. diorang letak ais pack dalam parcel.. selamat lah sikit coklat kita tu.. Saya tak menyopping pun masa 9.9 tu letih nak berebut.. 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau coklat memang kena taruk ice pack. Wajib. Kalau tak, memang cair coklat.

      Delete
  7. kitkat minions tu . pernah juga beli kitkat dalam shopee memang diorang akan letak ais pack dalam bungkusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kan macam tu. Seller patut tahu pentingnya ice pack. Negara kita bukan Antartika. 😅

      Delete