Happy hypoxia. Pembunuh dalam senyap.


Definisi


Hypoxia: Keadaan di mana seseorang pesakit mempunyai kandungan oksigen dalam darah yang rendah.
Happy hypoxia: Keadaan di mana seseorang pesakit mempunyai kandungan oksigen dalam darah yang rendah namun mereka tidak merasa kesakitan atau kesulitan untuk bernafas atau sebarang simptom.


Happy hypoxia (atau hypoxemia) ni termasuk dalam senarai simptom COVID-19. Mereka yang dijangkiti COVID-19 ni mempunyai kandungan oksigen dalam darah yang rendah, tapi mampu buat aktiviti harian macam biasa. Seolah-olah takde apa-apa yang berlaku.

Kandungan oksigen bagi individu normal yang sihat adalah 95% manakala untuk mereka yang dijangkiti COVID-19, kandungan oksigen boleh berkurang hingga 40%. Sepatutnya, bila seseorang tu kena hypoxia, dia akan rasa macam simptom seperti pening kepala, batuk, jantung berdegup kencang dsb. Tapi happy hypoxia ni tak.

Kenal pasti simpton happy hypoxia


Happy hypoxia ni memang agak payah nak detect. Sebab? Doktor akan tahu bila pesakit yang kena happy hypoxia ni datang hospital. Dan bila periksa, baru tahu yang diorang dah kena happy hypoxia. Tapi time tu mungkin dah terlambat untuk sesetengah orang sebab kandungan oksigen dah menjunam sampai 20% - 30% dah.

Antara mild simptom happy hypoxia ni ialah:
  • Perubahan warna bibir daripada warna asal kepada tona biru.
  • Perubahan warna kulit daripada ton merah kepada tona ungu.
  • Berpeluh tanpa lakukan aktiviti fizikal yang berat.

Apa yang perlu buat?


Selain kita boleh detect sendiri berdasarkan simptom yang mungkin dialami, ada jugak tools lain yang boleh detect kadar oksigen ni.

1. Oximeter.




Oximeter ni alat ukur kadar oksigen dalam darah. Boleh beli kat farmasi atau dalam Shopee.

2. Smart watch.




Boleh pilih smart watch yang ada fungsi mengira denyutan jantung dan mengukur kadar oksigen dalam badan.

Jangan ambil mudah pasal happy hypoxia ni. Cegah sebelum terlambat.

Post a Comment

12 Comments

  1. Semoga kita semua terhindar dari segala bala dan penyakit yang ada pada muka bumi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Semoga cepat lah berakhir siri COVID-19 ni.

      Delete
  2. ooh., ni kali kedua wak dgr psl sakit kurag oksigen camni.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena alert lepas ni. Bahaya penyakit ni. 🙂

      Delete
  3. ciksun pun beli dah oxymeter tu sejak da kena covid ri tu..walo da sembuh, tetap kena check juga kadang2 bila rasa sesak dada..takut kurang oksigen tanpa sedar..

    ReplyDelete
  4. Dah ada oximeter di rumah. Selalu check, bila keluar dan balik rumah. Semoga kita semua selamat.

    ReplyDelete
  5. menyeramkan jugak eh penyakit ni..

    ReplyDelete