Pengambilan khas guru bermula 7 Julai 2021 di SPP.


Pagi tadi, Menteri Pendidikan, Dr. Radzi Jidin maklum pasal kekurangan lebih 18k guru di sekolah rendah dan menengah. Antara negeri kurang guru bagi keperluan subjek tertentu ialah Sabah, Sarawak, Selangor dan Johor.

Manakala, antara subjek yang memerlukan guru untuk diisi ialah:

Sekolah rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah menengah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

Permohonan secara one-off ni dibuka kepada graduan yang berminat dan berkelayakan, sama ada mempunyai iktisas atau tak, namun keutamaan diberikan kepada mereka yang ada iktisas. Dengan kata lain, graduan bukan bidang pendidikan pun boleh apply, asalkan cukup syarat yang diperlukan nanti.


Iklan pengambilan, nanti SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan) akan keluarkan pada 7 Julai dan penempatan secara berperingkat akan bermula Oktober tahun ni.


Sesiapa yang berminat boleh cuba apply. Mana tahu sangkut rezeki kat situ. Sentiasa amalkan DUIT: Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal. Selagi niat kita betul, insyaAllah rezeki kita takkan salah alamat.

Post a Comment

8 Comments

  1. Macam menarik! Tengah tak ada kerja ni, apply je. Mana tahu dapat kannn huhuhu.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kann. Semoga meraka yang apply ni berjaya. 💪

      Delete
  3. Saya dah lebih umur kot. Dulu ada juga cita-cita nak jadi guru. Keluarga besar saya ramai yang bekerja sebagai guru. Saya pun dulu mempunyai beberapa pengalaman mengajar di beberapa buah sekolah sebagai guru sandaran setelah tamat tingkatan 6 dan universiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diputarkan masa, saya pasti memang ramai nak jadi cikgu. Tapi takpe, tugas cikgu ni mulia. Mendidik anak-anak generasi akan datang. Semoga ilmu dan budi yang dicurahkan akan sentiasa dikenang.

      Delete