Lirik lagu Prayer (OST Autumn in My Heart) versi Bahasa Malaysia.


Verse:
Kasih sayangmu abang atau kekasih
Pertemuan yang indah
Cinta yang menyeluruh

Yang ada hanya tinggal bayang-bayangan
Mimpi yang ku idamkan
Dikau membelai tangan

Pre-chorus:
Cinta dan kenangan manis
Menyayatkan hati
Janji sehidup dan semati
Cinta tak bererti saling memiliki

Ooo.. ooo..

Chorus:
Menghabiskan sisa hidupku dengan bersamamu
Sentiasa berada disisiku
Bertemu denganmu

Hidup seorang diri yang merana telah lenyap
Kehidupan telah lengkap
Walaupun hanya sekejap denganmu

Ulang Verse, Pre-chorus dan Chorus

Refrain:
Pengorbananmu
Air mataku
Hidup dalam kesepian
Mendampingimu
Penantian hidupku bermakna

Ooo.. ooo..

Ulang Chorus

**********

Ulasan: Lirik lagu ni aku ingat lagi masa sekolah. Beberapa tahun selepas drama ni ditayangkan, kakak aku bawak balik tunjuk lirik ni kat rumah. Katanya kawan dia yang share. Isi-isi dalam lirik ni memang kena dengan cerita ni. Sungguh mendayu-dayu. Walaupun dah hampir 20 tahun berlalu, aku ingat lagi lirik ni. Cuma ada beberapa perkataan yang aku mungkin tertinggal. Entah siapa yang buat lirik ni, aku pun tak tahu. Memang tabik spring lah kat dia.


Autumn in My Heart atau Endless Love ni memang antara drama pioneer kat Malaysia. Antara drama paling awal yang trending kat Malaysia selain Winter Sonata. Ditayang setiap pukul 7 malam hingga 8 malam kat TV3 tahun 2002. Kalau Twitter dah ada waktu tu, setiap episod mesti akan trending.

Antara drama paling sedih pernah aku tengok. Episod 1 pun dah meleleh air mata beb.

Dulu TV3 dan TV2 raja Kdrama. Lepas 8TV ambil alih Kdrama dari TV3 ni, terus havoc Kdrama tak semeriah awal-awal. Sebab tak semua kawasan ada line 8TV. Tapi still dapat tengok lah jugak Kdrama kat TV2 dan NTV7 waktu tu.

TV2 biasanya tayang waktu pagi dan petang. NTV7 pulak tayang waktu malam (nanti aku buat entri senarai Kdrama yang sempat aku tengok kat TV). TV3 dan 8TV ni suka alih bahasa. TV2 dan NTV7 memang akan guna bahasa asal. Bagi aku dua-dua takde masalah pun. Asalkan best.

Post a Comment

9 Comments