iCarly buat comeback. Antara sitcom paling best.


Dulu iCarly ni ada 6 seasons. Start tayang kat US tahun 2007. Memang antara sitcom top kat sana. Sampai guests seperti One Direction, Jimmy Fallon, Emma Stone, Jack Black dan Michelle Obama pun join.


Season 1. Semua muda lagi.

Carly dan Sam.

Freddie, technical producer.

Sitcom ni pasal remaja perempuan, Carly Shay, yang cipta iCarly iaitu sebuah web show dengan kawan baik dia, Sam dan Freddie. Diorang memang hampir tiap hari akan on air. Dalam web show ni, macam-macam diorang buat.

Web page diorang.

Sebelum wujudnya FB Live, IG Live dan seangkatan dengannya, iCarly ni lah yang jadi satu fenomena dalam industri live streaming. Memang kreatif betul team diorang yang cipta sitcom iCarly ni.

Kat Malaysia tak silap aku pernah tayang jugak. Rasanya TV2. Tapi tak sempat tayang semua seasons. Aku tengok online je. Dari season 1 sampai season 6. Memang tiap-tiap hari akan tengok. Masa aku start tengok tu, iCarly dah habis tayang kat US.

Antara karakter iconic, Baby Spencer.

Bagi aku cerita ni bukan sepenuhnya ada elemen girly. Sebab jalan cerita iCarly ni semua jantina boleh follow. Tak terlalu feminin. Karakter dalam sitcom ni banyak. Makin bertambah seasons, makin bertambah karakter.

Spaghetti taco, menu ciptaan Spencer.

Dalam iCarly 2021 ni banyak karakter lama takde macam Sam dan Gibby. Jennette McCurdy (Sam) tak join sebab dia dah quit dunia lakonan. Noah Munck (Gibby) pulak tak join sebab ada komitmen lain.


Setakat ni aku dah tengok 3 episod iCarly 2021. Not bad lah. Still lagi rasa feel dulu-dulu walaupun zaman dah berubah.

Post a Comment

4 Comments

  1. Tak pernah tahu pun cerita ni. Adeh.. lamanya tak tengok tv

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun lama tak tengok TV. Banyak streaming online.

      Delete
  2. Kalau siri Nickelodeon ni saya lebih suka Drake and Josh. Ada Miranda Cosgrave jugak. Suka gaya dia yang sempoi tapi kelakar tu. ICarly tak berapa tengok tapi not bad jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Drake and Josh tak pernah tengok lagi. Tapi tak silap Drake pernah buat special appearance dalam iCarly.

      Delete