Masak ayam pedas Korea di tengah malam. Resepi paling simple?


Aku ada beli sos Korea dari Adabi ni kat Shopee. Nak beli kat kedai mahal sikit harganya. Lagipun seller Shopee ni bagi diskaun voucher RM5. So, aku cepat-cepat grab.



Aku terpaksa beli sekali dengan megi sebungkus tu sebab nak cukupkan voucher. Beli waktu RM5 free shipping hari tu. Sebelum ni pun dah biasa beli botol kaca. Seller akan wrap elok-elok dengan bubble wrap. Setakat ni takde lagi lah rosak.

Malamnya aku buat ayam Korea ni sebab lama tak makan sejak PKP. Takde bijan kes lupa nak beli.

Bahan-bahan

  • Isi ayam
  • Tepung Bestari hot and spicy
  • 4 sb sos Korea Adabi
  • Sedikit air masak
  • Minyak masak secukupnya

Langkah-langkah

  1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
  2. Dalam mangkuk pertama, masukkan isi ayam, tepung Bestari dan sedikit air. Gaul sebati sampai melekit kat tangan.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan sedikit tepung Bestari.
  4. Kemudian, ambil isi ayam tadi dan gaul dalam tepung Bestari.
  5. Campak isi ayam ke dalam kuali.
  6. Angkat isi ayam bila dah masak. Toskan.
  7. Gaul isi ayam bersama sos pedas Korea.
  8. Siap.

Aku tak pasti kenapa sos kali ni kurang pedas. Tahun lepas aku beli memang pedas. Sampai banyak kali teguk air masa makan. Tapi rasa tu still sama macam dulu. Kesan pedas bertambah bila aku guna tepung Bestari hot and spicy. Nak guna tepung lain boleh je. Tapi aku suka guna tepung Bestari sebab tak payah pakai telur kalau nak gaul ayam.

Post a Comment

16 Comments

  1. eh menarik menu ni... sos korea tu mmg ada je kat rumah ni tapi x terpk plak nak buat hahaha...

    nnt bole try ar.. tq:)

    ReplyDelete
  2. boleh cuba ni..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/06/drama-love-elsa-2021.html

    ReplyDelete
  3. menarik.....boleh anak2 cuba:)
    tgk avatar softball...rindunyaaa lama tak kepadang

    ReplyDelete
  4. Oooh! Ada sos yang kurang pedas ke? Pernah beli tapi tak sanggup makan banyak sebab sos pedas sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kurang pedas. Tak tahu lah kot Adabi tukar lada lain. 😌

      Delete
  5. Barangkali dia dah kurangkan pedasnya..

    ReplyDelete
  6. sedapnya..lama gak tak buat ayam goreng korea..

    ReplyDelete
  7. Boleh cuba la . Pedas sangat x sos korea ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, sekarang kurang pedas. Tak macam dulu. 😣

      Delete
  8. Pernah beli sos ni. Pedas gilaaaa. Trus dapat makan ayam skit ja. Hahahahha 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena minum susu kalau pedas. Pastu makan ayam tu semula. 🤣

      Delete